Monday, October 10, 2011

Oooppss...

Finally! Berehat disini sekejap.

Thursday, August 4, 2011

Berat Hati

Dapat apa yang diharapkan dan diidamkan. Bersemangat dan berkobar-kobar.


Tetapi kenapa bila sampai waktu, aku rasa sangat Berat Hati. sangat. Dan aku tak nak cari sebab-sebab kenapa. Kuatkan semgangat, kuatkan semangat.Pengorbanan itu perlu.

Thursday, July 28, 2011

Tahan Napas

Ha ah memang tengah tahan napas selama 45min. Sekarang lega sikit. Perghhh, cuak tengok game Malaysia vs Singapore malam ni. Berdebar-debar tak hingat. Hero malam ni adalah Khairul Fahmi Che Mat. Mana tak nye, kalau dah pertahanan bolos, depan pintu tu tanggujawab die dah laa. Salute ah die punya semangat, bertungkus lumus.

Hah, senapas aku tulis perenggan atas tu. Sejarah kot, 1st time cerita pasal bola kat sini. Kalau team harimau malaya ni aku suka tengok Kunalan main. Laju giler die. Yang lain-lain tak yah citer la, semua orang dok gebang sana sini serata ceruk alam - Safiq Rahim, Aidil, Safee, bla bla bla...ramai lagi. Aku bukan reti sangat pun pasal bola ni semua. Tapi Kunalan tu menyerlah pulak. Tapi malam ni die bukan 'man of the game'. Khairul Fahmi nampaknye jadi pendekar malam ni. Kredibiliti die tak boleh dipersoal lagi, maybe dari pengalaman2 die selama ni. Bertungkus lumus die mempertahankan pintu gol. ceh ceh ceh ape aku merepek ni. Gaya macam pengulas la pulak. Ni entry saje-saje sebab nak isi masa kecuakan tengah tengok bola. Kalau nak menang, memang kena kerja keras nmpaknye Malaysia. Tak tahu lah kan, kita tengok rezeki macamna nanti.


Update : Nampaknye rezeki tak berpihak pada Malaysia. Takpe, ada hikmah tu. Yang penting aku rasa nak terajang player Singapore tu semua. Boleh berdrama kat padang, tak cool ok menang dengan macamtu.

Tahniah pada team harimau malaya sebab berjuang bermati-matian dengan penuh semangat! Itu juga satu kemenangan!

Monday, July 25, 2011

Syaaban

Pendahuluan

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).



Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Credict here

Taubat

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Tuesday, June 28, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Tiba-tiba

Sekarang Rejab.

Alhamdulillah masih lagi merasa bulan yang mulia ni. Eh, dah separuh da pun bulan Rejab baru nak bukak topik. Sebenarnya tak tau nak tulis ape. hehehehe...Sepatutnya kan, sekarang ni perlu tambahkan lagi amal ibadat..Bulan depan Syaaban pula menyusul dan kemudian Ramadhan dan seterusnya Syawal. Tak sabar sebenarnya. eh bukan tak sabar nak raya. Tak sabar nak merasa nikmat dalam bulan-bulan mulia ni.

Rindu waktu di JB tahun lepas, ade kawan-kawan. Sama-sama melalui Rejab-Syaaban-Ramadhan dengan penuh indah. Masa tu rasa nikmatnye dalam diri. Oh ye, tahun lepas beraya aidiladha sendri-sendri kat JB dengan Farah. Bulan puasa dengan Farah jugak dan Nud dan kawan-kawan yang lain. Seronok. Tapi tarawikh pergi sorang-sorang kat MSI. Tapi SERONOK sangat. Eh, bukan tak nak ajak housemate. Kak B selalu ade aktiviti berbuka kat luar ataupun die ke rumah kakak dia kat Kempas. Kadang-kadang die bersama-sama aku ke MSI jugak. Yang sorang lagi, Mira selalu kerja sebab die kerja shift kadang-kadang siang atau malam. Jadi dah biasa sendiri-sendiri dan seronok sebab sekali sekala stay dekat K9 atau K12. Kadang-kadang diorang yang stay kat umah aku. Eh, rasa macam banyak pulak 'kadang-kadang' dalam entry ni. Pernah jugak bertandang dan berkampung kat rumah Shikin dan bertarawikh dekat Masjid Sri Pulai.

Macam dah tak de hala tuju je tulisan harini. Sebenarnya nak meluah je mungkin. Sebab sekarang ni tak dapat merasa perasaan yang seperti diceritakan dalam perenggan di atas. Aku tengok sekeliling, semua kawan-kawan atau kenalan semakin hari semakin berubah ke arah yang lebih baik untuk hidup masing-masing. Jadi insan lebih baik dan semakin dekat dengan DIA. Tapi aku rasa, aku ni ke arah yang sebaliknya pulak. Macam tak se'damai' dulu-dulu je hidup aku sekarang ni. Aku rasa aku dah lain., lain sangat. Lebih teruk lagi, aku tak tau kenapa jadi macamtu. Yela, kalau tau, boleh usaha untuk selesaikan. Ataupun aku je yang buat-buat tak tau? Apapun aku rasa situasi aku sekarang ni tak seharusnya dibiarkan berterusan macamtu je. Tidak juga bermakna selama ni aku hanya berpeluk tubuh sahaja, ade juga usaha. Realitinya, hidup ni tak mudah seperti yang kita baca dalam fairytales, tak semudah yang disangka. Tapi yang pasti bahagia itu ada. Itu janji DIA untuk kita. Dan bahagia itu tidak sekali-kali datang sendiri.

Saturday, May 28, 2011

Cita-cita

Semua orang ade cita-cita. Aku pun ada wpun aku xdela macam usaha keras gila membanting tulang nak capai cita-cita tu. Takdela aku tulis cita-cita tu dan tampal dan tatap setiap hari cita-cita tu. Tapi, tetap juga aku ada cita-cita wpun tak beria bagai macamtu kan. Hancur jugak hati bila dapat tau cita-cita aku punah sudah berkecai. Selama ni aku perlahan-lahan mendekati cita-cita tu dan aku rasa dia ada disitu. Tapi betullah kata orang, sekarang ni kita kena cepat, kena kejar, bukan lemau je semua nak kena suap. sudahnya, macamni la jadinya. Entahla rasa mcam da xde pape rasa macam da hilang semua. Rupa-rupanya baru aku tau, beria jugak aku dgn cita-cita aku tu. Besar jugak kesan dalam hidup aku. Bila dah tak de baru nak sedar benda tu penting. Terkedu dan tersentak jugaklah aku bila dapat tau pasal ni. Rasa macam tak percaya je, sekelip mata je. Tapi tu lah hakikatnya. Mungkim selama ni aku berada dalam zon yang selesa sampai aku terlupa hukum alam.

So, biasala cliche, mungkin cita-cita tu memang bukan rezeki aku pun sebenarnya kot, pasti ade yang lebih baik. Daripada aku terus bermimpi disiang hari, aku rasa ini lah yang terbaik. One door closes, another door opens.

Thursday, May 26, 2011

Sakit Hati

Baru aku tahu, kat Malaysia ni memang ade manusia yang takde manners. Tak fikir hak orang lain. Dah ingat kepentingan diri sendiri. Eh, aku sakit hati sangat ni. Langgar kereta aku, lepastu blah macamtu je meninggalkan kesan kekal kat kereta aku. Tak sempat buat apa-apa, cuma aku ingat no plat je : WJX2889, proton iswara-keta lama. Masa, 5.20pm. Tarikh 26 Mei 2011 (Khamis). Nak buat report ke tak?

Ah, baru aku tahu, macamana rasa sakit hati yang teramat. Aku tahu ko tahu weh, ko tau ko langgar keta orang. Tak menyempat2, main redah je. Tak pikir ke, tak lepas pun nak lalu, sabar la. Memang ko tak kesah langgar kereta orang asalkan ko bleh jalan kan. Ko tak kesah kereta ko calar sikit sebab sengaja langgar kereta orang kan. Kereta ko memang ko nak buat lenjan je, jadi ko tak kesah kalo keta ko jadi macamana pun kan. Kereta orang? Ah lagila ko tak kesah kan. Ko memang kurang ajar. Report polis bukan dapat apa pun kan. Ke ko memang tak duduk dekat sini jadi ko tak kesah langgar-langgar kereta orang ni. Ingat, kalau aku nampak kereta ko dekat sini, mungkin ade sesuatu terjadi. Mungkin.

p/s: macamni rupanya sakit hati melampau.

Tuesday, May 3, 2011

Pilihan

Yang mana satu? take it or leave it. Bertahan atau mulakan sesuatu yang baru, mulakan satu perubahan besar. Satu je persoalan dalam diri aku sekarang. Patutkah aku teruskan, terus bertahan? Perlukah? kalau aku pilih untuk bertahan, betulkah ini pilihan terbaik? atau, aku perlu jadi se'berani' teramat untuk satu perubahan. Yang pasti, aku takot. takot tu ada 99%, jadi bagaimana? bole ke klasifikasikan ini semua sebagai pilihan, ah! berselirat.

Monday, May 2, 2011

...

Alhamdulillah..sedikit sedikit..semua akan ok., insyaALLAH..Alhamdulillah. Mungkin inilah yang dikatakan buah sabar.

Saturday, April 30, 2011

Baik-baik Sayang

Keep on going..life is just like that.there's nothing to be worried about.

Thursday, April 28, 2011

Apabilaa

Sekarang aku bosan. entah. padahal aku boleh je buat benda berfaedah sikit dari melayan rasa bosan ni. benda2 yang patut dibuat tu pun tak lah membosankan aku sgt. tapi, (ni yang payah kalo dah masuk tapi), xpelah, lupakan tapi. terus je konklusi. memang da pilih nak layan kebosanan. da habis baca novel. mata belum ngantok (tadi ngantok sgt, tersengguk-segguk buat discussion). so, pilihan yang aku ade, layan citer korea. citer lama. rasanye haritu nekad nak ulang layan full house. tapi hati ni tak excited pun nak layan cerita apa-apa waktu ni. minggu lepas, curi2 masa aku melayan successful story of a bright girl. ni memang aku freeeeee xde kekangan apa-apa memang cutiiiii, xde pulak nafsu nak layan cerita. then aku realize. bila aku jiwa kacau, emosi tak menentu, tak mau kusut2 pikir beban kat kepala, only then aku rasa the best time aku manjakan jiwa dengan cerita-cerita alolololololo suwiiitt suwwiitttt tu semua (padahal byk xlogiknya). so, get the point?ha pikirkan.

melalut lagi. jadi, sekarang aku nk buat apa?hmmmmm nak kata jiwa kacau, tak jugak. senang hati sebab keje dah setel.tapi, tapi tapi. aku da feelingless (ade ke vocab ni) da ni. aku rasaa xnk bercakap dengan sesiapa. eh yeke? tak tak maksud aku, dgn orang kat rumah ni aku bercakap la. tapi malas nak jwb call. mesej? entah. ade dua orang call tadi. sebab tgk hset ade miskol. tapi aku malas nak call back. sbb aku xde mood. haaaaaaa camno tuh.serius xde mood. malam ni memang mak pun tak call rasanya, tapi kalo family call kena la pick up. sudah, aku da sesat da ni. buat keputusan sekarang. bukak episod satu fullhouse sekarang. bai.

Alhamdulillah




Waktu aku terpaksa gagahkan hati tekunkan minda buat kerja-kerja aku depan tv mengadap laptop memang aku kadang-kadang tak tersedar channel apa kat tv tu. Tapi tiap kali aku terdengar intro muzik lagu ni, otomatik angkat kepala pandang tv sbb nak tau lagu ape tuh. Oh, rupa-rupanya lagu ni untuk sinetron Faiz Faizah. Kiut2 je budak2 tu, comel2 je bercakap.tapi aku tak pernah tergoda pun nak layan sinetron. Memang tak minat pun. Kalo tengok pun sebab terpaksa je, dan sinetron tu pun terpaksa temankan aku kot.Apa pun, lagu ni seronok untuk aku dengar. Terus je rasa hati berbunga-bunga. Terus rasa gembira. Eh, kenapa?

Seminggu

Genap seminggu dari tarikh entry yang lepas. so, bermakna dah seminggu berlalu. Masa aku agak terisi dgn aktiviti sepanjang minggu ni. eh, yeke. padahal selasa-khamis je kot.tapi tula, kejap je. pejam celik pejam celik dah nak weekend lagi sekali. esok, aku nak pegi manjakan diri dengan menyakat baby. hahahaha..tak tahan tu ayat manjakan diri. patutnye aku yang manjakan baby tu.tak kesah la, yang pasti, da 2minggu tak melayan keletah baby shazlin. tak sabar rasanya nak tunggu esok. time kat umah ni aku asyik je rasa free, da pegi jumpa baby tu, rasa xcukup kederat plak nak melayan kerenah budak tu. berlariiii je sana sini dalam walker die tu.penat ha nak mengekor, hahaha..tapi best la, exercise la kot. apa taknye, kalo die tak sihat, mesti tak mesra alam. asyik nak meragammmm je. nak duduk dgn ibu dieeee je. pantang tak nampak ibu kat mata die, terus melalak.kalo xnak bagi die melalak, kena la upah dukung-dukung die bawak pusing-pusing jalan-jalan.demand betul.apo nak jadi anak dara sorang nih.

eh, tah kemana-mana dah pulak aku merepek ni. hmmm ade sikit lagi keje perlu setelkan, hopefully by tonight bleh setel. so esok boleh terus gerak jumpe baby. oh, dah kena pegi basuh baju, mandi dan sambung buat keje.daaa...

Friday, April 22, 2011

5 'repekan'

Ugghhhh....5 lagi perlu aku merepek-repek merepek-repek. Tak sanggup lagi dah. Kesemuanya berjumlah 15. Guess what, 2 minggu diperlukan untuk siapkan 10. Jadi, the rest lagi tu camno? bape lama pulak. Tak sanggup serius tak sanggup. Dah siap 5, ade sedikitttttt konklusi perlu dibuat. Penutup la orang kata. Oh, tapi konklusi tu da siap separuh sebabnya die berkadar terus dgn yang 15 tadi. So, kalo yang repekan 15 tu siap, bermakna konklusi pun siap. Aduiii aku perlu berhenti dulu. Mungkin malam ni baru dapatkan feel yang seterusnya untuk sambung. Mungkin.

Monday, April 18, 2011

Demam

Ada yang kata Poyo kot demam pun nak cerita. Ah, aku tak dengar. Jadi, hari ni aku demam. Secara rumusannya, satu rumah ni demam. Ceh, macam ramai je cakap satu rumah, padahal 3 orang je kot. Mula-mula adik aku, hari khamis lepas die yang mula demam. Lepastu pagi tadi or dari smlm lagi kot, Imah pulak....Aku? aku demam kol3 tadi. Bole pulak ade specific time ek. Yelah, dah time tu aku mula rasa tak selesa, batuk2, hidung pun dah mula menggedik-gedik (gatal). So, malam ni la kemuncak die kot. Batuk, batuk, batuk dan batuk. Tekak aku dah pedih, rasa berpasir..Jadi, akibat dari itu, keselesaan aku hilang. Yelaaa..dah hilang satu nikmat kurniaan Allah. Mungkin lately aku banyaaakkkk buat dosa kot. Hanya DIA yang tahu.

So, bila keselesaan aku hilang, aku tak boleh fokus, tak boleh berfikir dengan dalam-dalam (macam serius je bunyi nyeee). Dan, delay lah sedikit kerja-kerja aku, lari dari due date yang aku buat sendiri. Pasti ada hikmah.



p/s: hek eleee...tulis blog bleh plak kau. sah POYO! wahaha

Wednesday, April 13, 2011

Esok?

Esok dah hari khamis!!!!!!! eh bukan, lagi 10minit maka khamis lah. oh aku cuak. lepas khamis, jumaat. bermakna apa? dah seminggu. so sepatutnya apa? huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuuuu...

Meracau

Huh, sungguh jiwa kacau. rutin tak terurus sedikit. yelah, selagi beban kat bahu aku ni tak surut. Tau, salah sendiri. Benda nak jadi, buat apa nak mengeluh, yang penting, selesaikan mana yang tak selesai. Tak guna nak salahkan diri. Banyak orang sekeliling aku tak habis-habis ulang-ulang pasal tu kan, cakap salah aku. ha memang la aku mengaku.aku buat silap. pelik sangat ke? ah! pedulik hape aku. Ni yang buat aku malas nak gembar gemburkan kekacauan dalam diri aku. bukan makin meringan, tapi makin memberat. maaf, sengaja aku nak berkasar disini. Apapun yang mereka nak gaduhkan kat luar sana, tak mempenagruhi apa pun pada aku. Jadi, hal sendiri, aku setel sendiri. Dah lama, tau, sangat lama, aku terkedek-kedek selesaikan satu-satu. Tak mudah, tak mudah, memang tak mudah untuk aku. Ya, tak perlu bandingkan hasil orang lain dengan aku. Mereka, itu mereka. Ini aku, aku tau lah aku macamana., Yang penting, kau, kau, kau dan kau tak rugi apa pun, hanya aku je yang rugi akibat dari silap aku sendiri.
Aku diam, aku senyap. Tak guna aku menjawab, sebab at the end, aku kena buat jugak. Dan aku sedar, kemampuan aku cukup-cukup makan je, aku tak hebat, jadi benda yang aku kena selesaikan tu agak susah buat aku...
Aku cuba, buat sekadar yang aku mampu, aku cuba, aku cuba, sampai aku rasa berpuas hati, tapi masih belum 100% selesaikan. Aku buat-buat cool, macam aku ok je dengan semua beban ni, berkali-kali aku ulang-ulang dalam hati "tak susah pun sebenarnya,bole siap ni, xdehal, cuma kena struggle betul-betul la, kena berkorban". Boleh. Cuma kadang-kadang bila aku dah sampai ke tahap ni, ade certain part yang dah memberontak dalam diri aku. TENSION. kot. entah. yang pasti aku tak tahu. Yang aku tau, aku kena lebih SABAR.

sekurang-kurangnya sehingga semua ini selesai.



p/s:memang dah lama aku sedar, aku tak perlukan siapa-siapa untuk luahkan suara-suara sumbang dalam diri aku nih.,pastilah bukan juga facebook.cukup hanya diruang yang mungkin luas ni.titik.

Thursday, March 31, 2011

Sedih

Kadang-kita kita tak sangka banyak kebetulan yang terjadi dalam hidup kita, ataupun kalangan mereka di sekeliling kita dan jugak orang yang terdekat dengan kita. Terfikir jugak kan, 'eh, ni kebetulan ke sengaja'..Mungkin ad lagi yang hidup dalam bayang-bayang silam, macam aku,.heheee..banyak yang dah terjadi sepanjang kita hidup kan, pasti lah banyak..jatuh bangun jatuh jatuh jatuh bangun. Ya, kita tidak keseorangan. Tapi, pada aku sometimes, kita kena usaha sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Berdikari, jangan selalu bergantung pada orang..mungkin hanya sekadar berkongsi saja. Aku lebih senang macamtu, entah, bukan aku tak percaya pada orang lain, tapi lebihnya aku segan nak libatkan orang lain dalam masalaah aku..eh, masalah ke..heehehee...gitulah nak cakap, sepanjang aku hidup ni, banyak banyak banyak sangat terjadi dah kan. Mak ayah aku, family pun tak tahu semua yang aku lalui sebab aku lebih suka buat tak tau je kalo ade pape hehehee..Ada sesetangah perkara yang msih lagi ada dalam diri aku, still aku tak boleh lupa, besar jugak kesan pada aku rupanya, padahal bukanlah ape sangat pun...perihal duniaaa..chewaahhhh ayattt hahaaa...Tu lah dia, da lama kot, lebih kurang 4tahun dah benda tu terjadi dan dalam 4tahun tu jugak terjadi hehee..tak thu lah bila aku akan bebas dari semua semua tu..actually, tak selalu pun aku rasa macamni, kadang-kadang je, tapi yang time kadang-kadang tu la buat aku rasa sakit sangat, aku tak tau sakit mcmn, tapi aku rasa sakit.aku tak boleh nak salahkan sape-sape sebab no point, sebab bukan salah sesiapa pun. memang dah tertulis macamtu,. mungkin aku yang susah untuk terima kot, iman tak cukup kuat, so jadilah macamni...
Apapun, tak pelik kalo manusia rasa sedih, sebab itu NORMAL. so sekarang aku sedih...
kena balance lah jugak kan, mungkin dah banyak sgt happy happy, jdi kenala balance, ade la jugak sedih-sedih, sebab dgn adanya sedih tu la, kita boleh rasa happy nanti..hehehehe..

Sunday, March 27, 2011

Lupa

Hmm aku dah lupa bila kali terakhir aku rasa betul-betul gembira, betul-betul senyum, bergelak ketawa yang sebenar-benarnya gembira.

Sunday, March 6, 2011

Aduh, masuk perangkap lagi ke...

Ni kali kedua, hanginnnnnnnnnn jugak la, tapi nak buat macamana kan, sendiri punya salah, tak boleh nak tuding-tuding jari kat sape-sape la..*pasrah*

Kali pertama kena, yang masa combo tu la..-cuba ingat- Kan, combo kan, sekali masuk bukan satu, 3 sekaligus, hambek ko. Masa tu sedapkan hati, pasrah je la, budak baru belajar kan, banyak la dugaannye ye dak ahahahaha...(kot ye pun tak kan setiap tahun nak kutip kot cik siha oi).

So, untuk tahun ni masa balik kampung cuti sekolah haritu, sekali dengan CNY. Masa balik ke kampung, sampai je rumah terus check saman, rasa lega gila sebab bersih beb, so bila nak balik dari kampung ke sini tu, eksyen la konon-konon mesti tak kena speed trap lah kan, konfiden je tak gaudh gaduh nak check. Time orang sibuk-sibuk berhempas pulas bayar saman 28Feb2011 haritu dengan bangga dalam hati aku cakap, nasib baik aku dah clean, dah setel awal-awal dulu yang masa PDRM umumkan bagi diskaun 50% tu kan, berdesup la aku setelkan.

Baru 6 March aku nak terhegeh-hegeh check, sekali hah kau, ade satu speeding, tarikh 5Feb2011 kat K.Lipis lagi. Adoi la, ni puaka ke hape. Kat situ speed 60 kmph je tersemut-semut la gamaknya, time otw hrtu gigih je aku jaga speed, kena jugak, tu yang berangin tu,.Disebabkan aku ni baru je check saman, baru je tahu dan tarikh pun dah lebih sebulan, panik jugak weh macam-macam soalan timbul-dapat diskaun lagi ke, sbb ni kan saman baru, bukan saman lama yang tertunggak, terus tak boleh tidur sampai ke pagi. Nasib baik la diorang lanjutkan lagi tarikh akhir bayar saman tu selama 10 hari. Try bukak myeg pagi-pagi buta kol 4pagi tu, nak expect ape, memang asyik tak mesra pengguna je, asyik hang je...lagi buat aku panik. So harini Isnin, 7 Mac 2011 seawal pukul8 terus login myeg, baru la ok sket, apa lagi terus setelkan sebelum last day. Aku kena 200, melayang gitu je dah la saya ni setudent lagi belum ade kerjaya huhuhu..

Terpaksa redha, siapalah aku ni kan, hanya insan biasa di negara ni. walau pun dalam hati dok bising-bising, macam hape je kan, jalan elok kat Lipis tu bole buat 60kmph je, aku tengok semua kereta kat situ minimum bwk 80kmph kot...tak releven weh, tak releven, tolong lah hapuskan saman ekor kat tempat-tempat yang tak munasabah macamtu.

Saturday, March 5, 2011

Kufur Nikmat

Beberapa hari lalu, seorang kenalan ade menyebut hal kufur nikmat ni. Bukan isu apa pun, sekadar di sebut dalam ayat perbualan biasa. Sejak itulah perihal kufur nikmat ni berlegar-legar dalam minda. Semacam baru sedar, aku kurang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Nya. Baru lah aku insaf sikit bila fikirkan semua yang aku nikmati sekarang. Aku sedar, seringkali aku mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Aku mengaku, saban hari ade je keluhan yang keluar dari mulut. Mengeluh tandanya tidak bersyukur kan.

Itulah, bila kawan menyebut hal kufur nikmat, aku rasa tersentak. Syukur, aku belum terlalu jauh hanyut dalam kufur nikmat. Sekurang-kurangnya aku masih lagi ade tempat berteduh, berlindung, masih lagi merasai nikmat makanan yang sihat, saban hari masih lagi mampu untuk mengisi perut, yang paling penting masih lagi berpeluang bernafas dan meneruskan hidup dengan sempurna tanpa cacat cela. Pendek kata, rezeki tidak putus-putus, sentiasa ada berterusan. Tak perlu nilaikan kuantiti, yang ada pun telah memadai kan. Selalunya aku mengeluh kerana fikirkan perkara yang kurang. Apa yang perlu di bebankan sangat dengan status 'kurang' itu kan, yang penting ADA. Terbukti, aku sentiasa dilimpahi dengan nikmat yang melimpah ruah. Namun, sentiasa lupa, sentiasa menyalahkan takdir, terlalu memikirkan kekurangan hingga wujudnya kufur nikmat dalam diri..Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.


Passion.

Banyaknya yang aku nak buat. Lately, terpanggil-panggil untuk buat kerja baking-membaking. Tapi apakan daya, hanya mampu berimaginasi dalam minda je lah, sebab belum tiba masa yang sesuai lagi. Ada sedikit halangan buat masa sekarang ni. Jadi, untuk melepaskan gian keinginan nan satu ni, hanya mampu jengah-jengah beberapa blog yang berkaitan je lah. Macam-macam ada, waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh ni bukan boleh lepas gian nih, buat lagi rasa membuak-buak je keinginan tu. Sabar....sabar..


Hobi yang satu tu pun dah terbengkalai. Mesin jahit dah lama simpan dalam kotak tak ber-bukak-bukak sejak berpindah. Baju sendiri-kurung pesak gantung-pun terbengkalai tak berjahit, padahal tinggal nak cantum-cantum jadi baju dah pun. Baju kurung pahang pun terbengkalai jugak, part jahitan tangan je tak terbuat lagi-sembat leher dan sembat bawah baju je lagi. Dah lama weh tak bukak kotak manik, memang da lama giler tak sambung jahit manik, last sekali masa jahit manik kat baju raya mak tahun lepas., tu pun aku kira kerja tak siap jugak sebenarnya, sendiri rasa tak puas hati..hehee..konon cakap kat mak nak sambung jahit, hentah bilo la gamaknya.hahahaa..Nasib la kain yang aku beli untuk mak buat baju raya aidiladha tu aku suh mak g tempah jahit kat kampung je, kalau tak memang tak jadi baju lagi la kain tu gamaknye..Dalam kepala ni konon nak jahit macam-macam, semua nak buat, mak aku dah lama berbunyi-bunyi, suruh aku jahitkan sarung bantal bannyak-banyak. Biasala orang kampung kan banyak simpan bantal, senang kalau sedara mara datang bertandang. Konon la kan angan-angan aku ni, alang-alang jahit sarung bantal nanti buat full set terus lah senang sekali dengan bedsheet ropol-ropol, mesti comel kalo dapat buat yang macam ala-ala English style hehe.. bukan susah mana pun kan, tapi...angan-angan..hahahahahahhahaa..


One fine day, InsyaALLAH..amin.

Monday, February 28, 2011

Alololololo teringin ke mengidam?


Hakhakhakhakhak, tang mana plak datangnye aku megidam, mestilah setakat TERINGIN je, bukan sampai tahap mengidam pun..

Woh, teringin sangat nih teringin woh, aduiiii nakkkkkkkkkkkkkkk sangat makan sushi made in Jusco and nak makan yogurt Nestle (Blueberry, Apple & Nata de Coco). Kalo pergi Jusco, mesti tercapai impian aku ni kan,..hahahahaha (saiko)

Yogurt Nestle Blueberry, apple & nata de coco tu sedappp sangat, my all time fav,haritu beli pack yang 6 pieces tu semua flavor tu je. Best, sebab ade blueberry, ade nata yang kecik-kecik, kalo makan tu kan, memang heaven, terus masuk dunia sendiri, kalo gempa bumi pun tak terasa kot, kalo bf call pun buat bodo je tak pick up call hahahahhahaa..


Yang part sushi tu plak, cikF yang ajar aku makan. Dari dulu aku tak pernah suka makan sushi, tak pernah. Masa 1st year dlu, pertama kali orang offer aku sushi adalah rumet aku Pia., Sama gak, sushi Jusco. Dia offer aku, siap letak atas meja aku tinggalkan untuk aku makan, berkali-kali pesan sampai dia tertido sebab penat bershopping. Masa dia dah tidur tu baru la aku teringat pasal sushi tu, teragak2 aku cuba makan, try punya try, berpuluh ratus kali, tak boleh jugak..tak boleh tal boleh, masa tu perut innocent sangat maklumla orang kampung, perut melayu pure tak boleh nak buat apa lah. Last2 tau apa jadi, akhirnya sushi tu xmasuk perut aku pun, terpaksa buang....errr korang jangan bagitau Pia ek, dia tak tau pun pasal ni, heheheeee...

Ok tu dulu, so setelah bertahun2 lama, da setahun kenal cikF, baru tau die tu hantu sushi dengan Linda kot. Pernah kot sekali dua diorg berdua tu offer aku, mentah2 aku tolak cakap aku dengan sushi memang cannot go, tak serasi (dengan muka angkuh gila tak hingat, hahaha..) So nak jadikan cerita, pernah satu hari aku datang dari mana tah, dari jauh la, xmakan, tak lunch sebab tak sempat, time tu hari jumaat jadinya mereka berdua meronggeng la ke Jusco dan beli sushi tapi xmakan lagi. Aku kan memang tengah lapo giler ni tapi xboleh makan lagi sebab tengah nak setel satu kerja (rasanya nak submit paper kot). lepas dah setel keje, baru la aku sedar aku lapa giler dan meronta2 ajak dorang pegi makan. Ala diorang kan masih kenyang, saje je dera aku tahan lapar. Time tu la dorang offer sushi tu, sebab tu je benda yang boleh dimakan dalam lab tu. Terpaksa weh terpaksa, cari sebotol air standby, terus aku makan, tunggu beberapa minit, semua ok je macam xde apa2 mogok dalam perut aku kan, so aku kira aku da boleh berdamai la kot hahahahahahah poyo...tu la, kesahnyaaa..

Oh ye, masa kerja kat Focus point dlu, pernah la bos belanja sushi king, mak ai sushi king tu. tapi aku wat muka sombong je kat sushi yang tengah berebut2 menggoda aku waktu tu kan,..paling koman pun aku makan crabstick yang jadi 'furniture' kat sushi tu je hehehee.

cikF, cepat belanja saya makan sushi. kalo dapat yang made in Jusco taman u lagi syiokk kot, sambil lepak2 tempat biasa...waaaaaaaaaaa rindunyeeeeeeeeeeeee..

Monday, February 21, 2011

22 Feb 2011

Hari ni pertama kali gerak awal keluar dari rumah, (hantar adik pergi sekola) pukul 7.00 am. Baru je keluar simpang, da nampak dah punyalah teruk jem kat depan. 'Ala apa ada hal, bandar kan, benda2 macamni tak pelik lah, da jadi makanan orang bandar dah pun'. Phewww!!! lagi lagi lagi la bertambah comparison aku, ni yang buat aku rasa nak balik JB je nih, stay je kat taman u tercinta, JEM? pergh tak pernah, unless ade accident atau apa-apa kejadian yang berkaitan lah. Kesimpulannya aku BAHAGIA yang teramat selama 6 tahun jadi rakyat johor celup. haish tak tau lah nak cakap macamana, dari jalan kecik nak keluar jalan besar tak tau berapa lama aku bertapa dalam kereta, dah keluar jalan besar, kena jadi kental menyelit nak himpit ke lane kanan sebab nak u-turn jap lagi. Jalan 3 lane pun jem lagi kan. dah buat u-turn ok jalan clear, nak masuk simpang kanan nak g sekolah lagi satu hal pulok meh, ha terpaksa aku jadi samseng jalan raya, nak cross jalan 3 lane tu bukan senang, buat pekakkkk je la, buat tak nampakkkk je la..ah biarkan. So, tu lah dia, baru tahu macamana keadaan kat sini kan, selama ni keluar pukul12 memang cool je la tak de langsung nampak kat jalan area sini ni ada ciri-ciri jem teruk. Balik sekolah je la yang teruk sangat pun, setengah jam baru sampai. Selalunya tak sampai 10 minit da boleh sampai lah weh. Ah lupakan hal kecik kuman nih semua.

Sekarang tengah online sambil mengadap 8tv, Hotfm. Dalam kereta tadi dok dengar2 diorg bercerita pasal Allahyarham Sudirman. Hmmm feeling weh pepagi macamni nih, tu yang balik je tadi terus bukak tv. Lagenda kan, hari ni adalah tarikh Allahyarham Sudir meninggal - tahun 1992. Dah lama kan, tapi semua orang masih kenal die, tau siapa dia. masa die meninggal tu aku baru 7 tahun weh, baru je masuk darjah satu, baru je nak mula belajar jadi kipas susah mati artis, baru nak kenal artis, cecececeyyyy..Walaupun mmasa tu aku kecik lagi, tapi cukup sinonim lah dgn nama dia masa tu, sana sini orang dok bercerita pasal die kan, mak aku pun pernah buat kisah penglipur lara pasal beliau masa aku kecik2 dulu. Apa pun, sekarang ni memang teringat-ingat lah pasal semua kisah-kisah die yang pernah aku dengar, yang pernah aku tahu., sayu je rasa..layan la kejap untuk pagi ni kasi tenang, kasi cool kan semangat nak mengadap anak-anak bangsa sat g.

Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman.

Monday, February 14, 2011

Mulia ke Hati

Cikgu. Dari kecik lagi aku sentiasa ingatkan diri aku, kerjaya seorang cikgu tu ter-sangat amatlah mulia. Nak jadi cikgu, haruslah jadi semulia-mulia mungkin. Dan memang dari saat tu jugak la aku terus semat dalam hati ayat ni 'Siha, ko memang tak layak la gamaknye nak jadi cikgu..' kehkehkehkeh..sedar diri okeyyy..memang aku ni jenis yang kurang kot (kurang ok kurang, bukan langsung tidak) ber-hati mulia. Lagipun aku ni jenis yang memang ribut petir. Baran, kurang sabar, cepat marah, cepat melenting, tak cool, ha tu semua memang aku la tu, cakap je semua, kalau tak percaya pergi tanya adik aku. Makanya aku memang takut la nak jadi cikgu, tak pernah berangan pun (sebab tau tidak layak), tapi aku ter-sangat amatlah mengagumi kerjaya GURU ni. Aku tau bukan senang nak jadi seikhlas-ikhlas manusia (untuk diri aku la), so kalau tengok cikgu yang memang terserlah semangat dan keihlasannya mendidik anak bangsa, memang aku RESPECT, bukan setakat HORMAT je, RESPECT!.

Siapa kata jadi cikgu ni senang, cabaran dia besarrrr punya, deal dengan manusia, working with peoples - students, parents, teachers. Bukan hanya terlibat dalam akademik sahaja, malah dengan management dan jugak pentadbiran. Belum tambah lagi dengan tugas sebagai guru kelas yang perlu jaga kebajikan pelajar-pelajar. Lepastu kena kendalikan program-program sekolah (ala-ala Event Manager dah), persiapan mengajar - perlu kenal pasti cara yang paling berkesan untuk setiap kumpulan pelajar-pelajar yang pelbagai, perlu persiapkan diri dengan hal-hal isu semasa maksudnya seorang guru tu kena lah tahu hal-hal sekeliling, up-to-date dengan isu semasa yang boleh dikongsi dengan pelajar untuk dijadikan contoh dalam nasihat-nasihat barulah nampak berpengetahuan. Hah banyak tau tanggungjawab cikgu ni, kalau setakat mengajar je tanpa pening-pening fikir hal mendidik, rasanya semua orang pun boleh buat.


Yang ter-paling utama sekali dalam skop perguruan adalah semestinya STUDENTS. Bukan hanya mengajar, tapi tugas utama adalah MENDIDIK. Nak membentuk sesuatu menjadi sesuatu yang berguna memerlukan usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit. Apatah lagi tugas membentuk seorang INSAN. Production pulak bukan untuk satu tapi banyak..Seorang guru nak taking care of maybe +- 265 students, agak-agak mampu kah anda, mungkin dalam satu masa, kena pastikan +- 40 orang pelajar dapat ilmu yang disampaikan, boleh ke jamin 100% sampai pada mereka. Ditambah pula dengan kerenah pelajar-pelajar yang pelbagai. Ah, apa nak di hairankan, kita juga (sebagai pendidik) pernah melalui usia seperti mereka, melalui proses pembelajaran dalam hidup, mencari arah untuk mengembangkan diri dan ketika inilah waktu paling sesuai untuk memdidik. Tak perlu cepat melatah dengan cabaran kerenah nakal anak-anak bangsa yang sedang panas darahnya, orang kata 'baru nak kenal dunia', yang dirasakan oleh mereka waktu itu adalah kebebasan. Diakui sememangnya sangat lah mencabar kesabaran dihati. Nah, disini lah letaknya keihlasan yang lahir dari hati yang mulia. Kalau ikhlas itu ada, pastilah SABAR itu wujud dan tentunya berkat sesi pembelajaran.

Aku, terbukti aku tak mampu dan aku tidak layak.

Daripada penerangan yang panjang lebar di atas, aku surrender.

Monday, February 7, 2011

Penyakit timbul tenggelam

yang sering terjadi pada aku adalah penyakit RINDU. aduh tak reti nak describe. tapi tu lah RINDU. Ya ALLAH Engkau mengetahui segala yang tersirat dan tersurat, segala yang nyata dan tersembunyi dihatiku kala ini. Izinkanlah RINDU ku ini sampai kepadanya.

Keinginan, aku juga sebagai manusia biasa haruslah ade banyak keinginan, ingin bahagia seperti orang lain, ingin rasa macamana disayangi oleh orang yang kita sayang, sungguh aku dah lupa semua perasaan itu. bagaimanakah rasa disayangi? hebatkah perasaan itu. Dulu pernah aku aku rasa semua tu, pernah lalui saat saat indah semua tu, apakan daya ALLAH Maha Adil, hidup umpama roda. Dalam kepayahan, aku redha, malah aku sepatutnya redha, dengan iman yang sangat nipis, untuk orang yang kurang baik mcm aku ni, agak payah untuk aku mencari ikhlas dalam sekeping redha itu. Namun, sedikit2 aku cuba, walau kadang2 masih goyah, masih ampuh, alhamdulillah, aku merasa ketenangan sedikit2 datang, aku tahu, sukar untuk aku belajar menjadi ikhlas, belajar untuk menjadi setulus2 makhluk, sangat susah untuk aku. Kadang2 aku kuat, kadang2 aku jatuh lagi. Aku harap, aku akan terus berdiri sekurang2nya, walau aku tak dapat berlari.

YA ALLAH bantulah aku untuk aku berada dijalanMu yang benar dan lurus.

Friday, January 28, 2011

Kembali.

Saat bulan pertama 2011 mula berlalu, aku baru nak terhegeh-hegeh kembali semula berblog. Fuhhh! 2011, cepat sungguh masa berlalu, usia pun meningkat sudah. Dah lama tak tulis blog, jadi kekok pulak rasanya. Belek-belek semula entry-entry lama (yang tak de la berkajang-kajang sangat pun), terus rasa nk conteng-conteng dan merepek kerepek. Ouh, tahun baru ni tak de ape yang berubah, semua sama, same old same old. Aku masih lagi sama dan kat blog ni pun aku xde plan nk ubah ape-ape, masih lagi dgn konsep diarikecilperibadi (ok, memang poyo statement tu :p). Betul beb, konsep masih sama, sebab aku bukan dilahirkan untuk jadi blogger tegar dan jugak bukan seorang 'penulis' so apa yang aku tulis ni memang 100% pasal diri sendiri je - apa yang aku nampak, aku dengar, aku tengok, aku rasa. Tahun 2010 aku tulis diary secara manual ok manual, handwriting dalam buku bermula 1Jan2010 (dah setahun rupanya). Buat masa sekarang memang tak nampak lagi kewujudan unsur-unsur diari hardcopy, so this is the first.

Oh ye, alang-alang dah melalut kelaut ni, aku nak berterima kasih buat kamu kamu dan kamu semua yang sudi lalu lalang, singgah tak masuk, jenguk-jenguk, intai-intai, tinggal jejak dan komen blog picisan yang berapa kerat je pun yang tau. Terima kasih daun keladi sebab sudi baca (walau dengan terpaksa kehkehkehkeh) dan jugak tanpa prejudis menjadi follower. Aku sedia maklum memang tiada apa yang menarik pun untuk dikongsi kat sini, apatah lagi jarang gila aku kongsi info-info ilmiah kat sini - da memang jenis yang kurang rajin sikit nak tulis perkara-perkara ilmiah, sabo je la..Hmmmm mungkin itu boleh dijadikan sebagai perubahan pertama. Ok, "saya akan cuba banyak-banyakkan info berguna dalam blog ini" (sambil buat aksi seperti sedang berikrar). Ok, tau, aku dah jauh menyimpang dari landasan, tadi cakap pasal terima kasih, sekarang dah sesat. So, tu lah dia, just nak ucapkan berbillion million trillion
THANK YOU!!!



Wednesday, January 26, 2011