Wednesday, September 29, 2010

Lebaran Aidilfitri 2010

Dah dihujung-hujung Syawal baru terasa nak story telling pasal raya raya raya!

Tahun ni balik kampong terpaksa drive sendiri, sebab orang lain mana la cuti awal-awal macam aku ni kan, orang lain tu kerja, aku ni tak kerja. Dah namanye Student. Ni la first time drive balik kampong. Tahun lepas, my cuzzie yang drive. Cuak tak cuak jugak la. Biasala benda2 first time ni kan memang buat kita macam takot-takot arnab je kan., dah nama pun first time. Aku pun buat-buat berani la konon-konon kan.

Adik aku si Tikah tu dah tanye la aku ni berani ke kalau kitorang yang semua gadis-gadis ni balik 1 kereta je bersendirian tak konvoi dengan siapa-siapa. Aku redah je cakap berani. Padahal aku pon tak tau jalan nak balik tu wei, hahaha.. mestila risau jugak, buatnye kang otw tu nak jadi pulak cerita tibe-tibe kereta breakdown ke, minyak habis kat tengah-tengah jalan yang kiri kanan hanya ladang kelapa sawit je dan tak de coverage pon, ha, nak buek camno tu. (Uisshh mintak jauh) Terpaksa la aku pikir-pikir positif. Pendekkan cerita, tanpa merepek panjang-panjang, semuanya selamat. Bertolak awal-awal lepas subuh bersam-sama adik aku 2 orang. Lepas zohor kitorang dah sampai rumah dah. Kira plus minus haritu 6 jam la perjalanan. Harusla aku tak berhenti kat mana-mana, straight away to home sweet home. Yela, buat apa berenti-berenti bukannye nak kena berkelah makan-makan ke hape kan, bulan puasa. Setakat berenti topup minyak dengan g toilet je la.

Raya kali ni seperti biasa la, pergi solat sunat aidilfitri kat masjid yang memang seberang jalan umah atuk aku je, kalau ter-lambat sikit pun tak pe sebab parking berdaulat depan umah atuk aku memang tak de la orang nak kacau, hehe..lepas sembahyang raya, terus pergi umah atuk, serang dapur la apa lagi, da kata hari raya kan, hari kemenangan orang kata. Kalau semalam, pagi-pagi tak boleh la nk cari makan, hari ni baru boleh. Nasib la dapur umah atuk aku tu besor, memang cukup la kalau semua anak-beranak nak berhidang makan besor.

Dah habis beraya rumah sedara sebelah menyebelah rumah atuk, barula balik rumah, pergi pulak beraya rumah jiran tetangga. Tengahari terus gerak nak pergi beraya rumah sedara mara belah mak. Tak jauh pun, setakat Tanah Merah dengan Pasir Mas tu je. Kena pergi hari raya pertama, sebab kalau dah masuk raye ke-2, ke-3, confirm raya kat jalan raya la jawabnye. Nak elak tu semua, raya sakan la hari 1st tu sampai lebam. Sampai kat rumah pun dah malam. Kesian kat member yang nak beraya kat rumah aku, die pergi rumah, harusla tak de orang, die pulak tak bagitau awal-awal nak datang. Maaf sangat-sangat. Takpe, tahun depan jemput datang ye.

Tahun ni tak tau la kenapa, semua berpakat-pakat agaknya, dari rumah makcik aku yang sebelah rumah atuk aku tu lagi sampai la ke T.Merah, P.Mas, semua buat menu roti jala. Perut pun apa lagi, mula la meragam. Hari raya ke-2, terus jadi orang sakit, memang tak rupa beraya pun lah, dok je kat rumah. Raya ke-3 barula nak start raya balik, pergi kenduri kat Kuala Krai. Seterusnya, duduk rumah je tunggu orang datang beraya, setiap hari open house hehehe..

Gambar raya takde dalam simpanan, semua kat adik-adik, lupe kot nak amik haritu, layan je la ape yang ada.


Purple this year


Owh ye, time raya, orang dapat duit raya kan, aku pun tak ketinggalan dapat 'duit raya'. Lumayannn jugak la. 2 speed trap, 1 parking. Wah! best kan. Speed trap kat Ledang dan kat Kuala Lipis. Kat Ledang tu masa otw nak pergi KL, 30 Ogos. Kat Kuala Lipis tu masa otw balik kampung, 1 Sept. Satu lagi, saman parking kat bandar Machang tercinta, 1 Sept, petang tu jugak pergi bazaar, paking ala-ala berjiran dengan pili bomba agaknye, haha..Koarang bleh check saman melalui sms : taip POLIS[jarak]SAMAN[jarak]no.ic/no.kereta hantar ke 15888. Selamat menge-check saman anda u olls..:p