Thursday, August 28, 2014

Sedang

Salam. Hampir setahun sejak post yang lepas.

Sekarang ni fasa 'sedang'. Bercadang,bila dah selepas nanti akan dicerita perjalanan yang sedang ni,hahaha..belit2 pulak ayat. Oklah, jumpa lagi next post insyaALLAH.


Saturday, October 5, 2013

Baby step

Salam..

Lama betul tak bermonolog kat sini. Banyak perkara yang aku nak tulis kat sini sebenarnya, untuk diri sendiri je utk personal record.

So,aku pun tak tau aku nak coretkan cerita yang mana dulu. Akan perlahan-lahan start menulis semula,baby step. Update terbaru,sekarang hidup dah berubah. Rezeki dari Yang Maha Pemberi Rezeki. Alhamdulillah.

1. Ada suami
2. Ada mertua
3. Ada ipar duai (keluarga makin besar)
4. Ada adik baby baru - now 8months,boy
5. Ada anak saudara - girl 8months
6. Weekend hubby wifey
7. Umur dah bertambah
8. Pindah rumah sewa baru
9. Kerja - no more smartphones,hi R&D Dect Elect
10. Belum tiba rezeki besarkan keluarga,soon,insyaAllah.

Tu je kot. No.10 tu saje letak,sebab ada no.1 kan,so mesti akan ada yang bertanya. Tanyalah,i tak kisah. Kita berusaha, Dia Yang Maha Berkuasa yang tentukan.

Sunday, February 10, 2013

Emosi

Salam.

Rasa dah bosan dengan template blog sendiri, tapi masih agak kurang rajin untuk buat transformasi.

So, harini cuti CNY. Memang betol-betol cuti aku kat JB ni. Oh ye, ye aku belum balik kampung atas sebab-sebab tertentu. Hmmm macam dejavu, di ambang cuti deepavali tahun lepas pun macam ni, last minute, something came up. And this year, very very last minute, sangat. Nasib baik dah terbiasa.

Sedar tak sedar dah Februari, masih banyak yang belum aku buat tahun ni. Banyak, banyak sangat, kalau dok fikir-fikir, tua lah aku dengan berfikir je, so abaikan. Kenapa aku macam dah tak reti nak luahkan benda yang aku nak luahkan ni?Emosi sungguh. Orang kata, tak baik mengeluh atau merungut, meluahkan tak apa. So sebabtu la kadang-kadang aku malas nak bercakap, malas nak bercerita (lisan / maya) sebabnya nanti dia akan berbunyi seperti merungut.

Cuaca JB tak menentu, sabtu panas, ahad hujan sepanjang hari. Maka aku selsema hari ini, hidung bocor, mau sekotak tisu habis. Dan aku bertapa sorang-sorang kat rumah. Itulah namanya cuti (luahan hati).

Walau apa pun emosi baris-baris ayat kat atas tu, yang ni je boleh ubah semuanya. 'Aku cuti seminggu, orang yang celebrate CNY pun tak cuti lama macam aku'

Friday, October 26, 2012

Mesin masa

Hari itu;

Berjalan di jalanan UTM, di kelilingi blok-blok tempat menimba ilmu, terasa seperti semua kisah dan kenangan dulu berlumba-lumba menerjah ke hati dan minda. Macam ini rasaya kenangan, memori. Bermakna aku telah lalui dan kutip semua itu lama dulu, maka di hari ini jadilah ia satu 'kenangan'.
Bertemankan beg di bahu, dengan beberapa bekalan ilmiah yang harus ku pertahankan, keseorangan melangkah di tepian bangunan, merasakan aku seperti baru, baru mendaftar. Asing.

Syukur, aku masih ade sebab kukuh untuk ke sini, dan masih dapat rasa manisnya kenangan, walau harus ade secalit pahitnya. Menelusuri laluan mahasiswa mahasiswi, meninjau-ninjau suasana, hmmm tak banyak beza suasana menuntut ilmu, cuma perubahan dan peredaran waktu membuatkan 'gambar' itu berbeza dulu dan sekarang..Bas yang setia membawa siswa-siswi masih ade, masih sama, no pendaftaran masih sama, tp bezanya, penumpang tidaklah sesarat seperti dulu. sekarang semua dapat duduk dengan selesa, dulu bersesak-sesak berdiri sampai ke tangga bas. Pertambahan kereta sangat ketara, iya, student sekarang majoriti ade kenderaan sendiri dan majoritinya kereta. Ah, tak ada dah pemandangan sekumpulan student berjalan memanjat bukit pergi-balik kelas. Meriah!, dalam hujan basah bersama-sama, lencun, ini tak tipu. Asalkan ilmu yang dicoret atas kertas putih dalam kelas tadi selamat, kami rela basah tanpa teduh, lencun berbaju kurung.

Aduh, kenangan kenapa masih segar. Setiap ceruk dalam UTM ade kisahnya untuk aku, semuanya. setiap genap ceruk. Yang paling banyak mestilah Fakulti dan Kolej. selebihnya, banyak juga. tak terhitung. Sahabat handai seperjuangan mungkin rata-rata nya kenangan itu makin pergi dari ingatan, tapi kerna aku masih setia di sini, semua seakan-akan baru semalam. Ya, baru semalam masing-masing berhempas pulas menyiapkan assignment, projek tahun akhir, memenuhi undangan tests, exams., semua bagaikan baru semalam. dan lepas semua itu selesai, semua macam semut bertempiaran mencari reward atas usaha keras masing-masing-MCD, Nestle drumstick, makan besar, atau ringkas saja, TIDUR. Menjadi perantau tika perayaan, untuk aku yang jauh ini, sudah lali, sudah betah di negeri orang.

Berjalan-jalan di pesta konvo, setiap adanya, tak pernah aku tidak hadir, walau hanya sekali sepanjang ia berlangsung. Kehadiran cuma utk memerhati, melihat gelagat 'aku' di kala waktu dulu. mencari 'aku' dalam kelompok itu. Melihat hanya dengan ekor mata apalah salahnya sambil menikmati kemeriahannya sekurang-kurangnya dapat mengubat kekosongan aku sebagai perantau. Dulu, adanya battle of the band, akan ku usahakan untuk meletakkan 'aku' di crowd. walau dari jauh, cukup sekadar untuk menyatakan sokongan buat yang tersayang. Namun sekarang, slot itu semakin hilang dari pesta. Sudah tak 'in' lagi.

Ah, walau aku senantiasa mencari aku, banyak kali raut wajah aku terkedu, terasa aku seperti datang dari zaman terkebelakang. adakah aku sekarang sesat dalam mesin masa? Nampak 'aku' yang dulu di situ tapi cuma asas yang sama, lainnya berbeda.

Menusuk-nusuk kotak memori di hati bila mata singgah di tempat-tempat di 'situ'. Ternampak-nampak teman-teman di situ, menggalas ilmu kesana ke mari. Teman juga, aku lihat dikau di sana, dengan kemeja kotak-kotak, jeans lusuh, beg silang, berjalan kehulu ke hilir, aku di sini tersenyum untuk kenangan yang singgah itu...


p/s: Maaf, jalan cerita yang bercelaru, tanpa edit, jari yang meluah sendiri mengikut gerak hati dan minda.

Saturday, September 1, 2012

Nafas Baru

Alhamdulillah...

Terasa beban yang ditanggung selama ni sedikit berkurang. Sekarang perlu mulakan semula, bina semula persekitaran yang ber-motivasi. Membuat perkara-perkara yang kita sendiri wujudkan minat terhadap sesuatu. Jadi, suka atau tidak, selagi belum selesai, perlulah selesaikan juga. Agak sukar dan tak mudah, tapi tidak mengapa, selagi semangat masih ada, MESTI BOLEH! Oh okey, sekaraang sudah nampak halangan terbesar - "Agak sukar dan tak mudah". Itulah cabarannya.

Perlu korbankan sesuatu utk dapatkan sesuatu. Jadi, usaha, sabar, usaha, sabar, sabar, sabar.
InsyaALLAH.

Tuesday, July 3, 2012

...and this is it, hello July.

Oklah, bangun pagi seawal jam 0600, sedikit berbeza, terasa bilik berpusing-pusing, cuba pejamkan mata dan buka balik, ah masih sama. Cuba bangun dan berdiri, terhoyong hayang, duduk dan baring.

15minit kemudian, masih sama..pejam celik pejam celik terkebil-kebil, bilik masih berpusing. Lama-lama memikirkan bilik berpusing, tekak loya (tu lah die, dok pikir sgt) gegas-gegas bangun berlari ke toilet, sempatlah jugak tersepak ape yang ada, nampak sgt tak lalu track yang biasa.
Tak pastilah salah makan ke betul makan ke ape, dah 2 kali jadi macamni, waktu pagi baru bgn tidur jugak and hari bekerja (kenapa wkend tak jadi macamni pulak).

Dekat pukul 8, situasi masih sama, end up sms bos bgtau tak masuk kerja.


So, pergi klinik jumpa Dr (tujuan utama nak amik mc je). Dr yang sama aku jumpa bulan 5 haritu (demam selsema). Akhirnya Dr kata tekanan darah awak rendah, haish lately kalo pergi jumpe Dr mesti keluar ayat tu kat mulut diorg. Sekarang dah tahu kenapa pening-pening...stewessss

Kalau?

Kalau tak sakit
Kita tak sensitif

Kalau tak sakit
Kita tak peka

Biar kita belajar sakit dulu
Sebelum kita belajar sihat itu apa.