Wednesday, May 26, 2010

Wahhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Excited!!! Woh! memang excited. Hish gilo apo nih,. ahahhaa..ape-apelah. Yang penting aku excited sebab dah cantik! wohooooo! [sah tak waras]. Sambungan dari cerita ni lah sebenarnya.

Gile lama aku buat pekasam kemek tuh,[dekat 3 bulan kot pekasam] semalam baru pegi ketuk. Bukan susah sangat nak pergi, bukan jauh sangat nak cari, tapi satu je sebab. Aku MALAS!. Lagi malas kalau pikir cis betol budak yang jadi penyebab kemek tuh, tak pasal-pasal tambah satu kerja aku. Hah, tu yang paling buat moral down nak pergi ketuk. Akhirnya, setelah dah muak dan menyampah tengok, pergi jugak. Naseb baik tak mahal sangat. Masih reasonable harga die untuk student macam aku ni. Tu pun, pujuk-pujuk jugak tokey tu mintak kurang barang seposen dua hahaha.

Okey, aku sangat berterima kasih pada mereka-mereka ni yang banyak menyumbang bantuan sepanjang proses [macam ayat acknowledgement untuk letak dalam thesis pulak] usaha men-cantik-kan harta benda aku, terutama sekali Pejal (yang rekemen kedai tu walaupon ko jauh kat KL sana, siap call tokey and bagi detail), Shikin, Farah, Temp yang sikit sebanyak bagi moral support dalam diam, Kerk yang jadi consultant terjun anytime. Tanpa korang semua, tak tau bila boleh cantik. Mungkin begitu sampai ke sudah, atau suruh sape-sape yang rajin.*sigh*

Memang cantik, terbaik ah tokey tu buat. Puas hati. Gila kecoh, padahal bukan masalah negara pun nak kecoh-kecoh buat entry bagai. Excited sangat sampai bebel panjang-panjang kat entry nih, sambil tulis banyak-banyak perkataan gila, moral, CANTIK. hahahahahaha...Sabo je la nyah.....




.

Sunday, May 23, 2010

Tolong.!!! Tolong!!!

Ada sape sape boleh tolong tak.

Macamana nak tambah berat badan nih, huiii payah benor.

Eh, eh bukan tambah lemak di perut, bukan tambah saiz drumstick, bukan tambah ukur lilit lengan, TAPI tambah berat secara berhemah, dengan cara yang SIHAT.


Tolong!!! tolong!!!

Wednesday, May 5, 2010

IRON MAN 2

Meloloskan diri dari Johor Bharu seawal pagi hari Jumaat bersama-sama dgn Shikin dan Temp. Mood bercuti = ponteng hari Jumaat. Oh selamba. Ya, hari Jumaat, tak pegi WCC macam biasa. Wahhh terasa hidup hanya untuk bercuti sahaja. I Loike!

Hari Sabtu ada majlis cukur jambul baby girl makcik aku dan jugak majlis pertunangan anak saudara suami makcik aku. Hari Ahad (2 Mei) Majlis perkahwinan Fena & Azril di Wisma MBSA Shah Alam. So, itulah misi holiday weekend aku kali ni.

Sampai Kl Sentral, tengahari. Tunggu die datang amik, lepas tu pegi lunch kat Kg. Baru. Lepas makan, die ajak pegi Low Yatt pulak, nak usha-usha gajet katanya. Ni 1st time aku sampai kat Low Yatt, selalu tak berkesempatan melihat sendiri. Semua ok, cuma agak terkejut bila dapat tau kena bayar RM 1! untuk masuk toilet. Bukan 20sen, bukan 30 sen, bukan 50 sen. Oh Dunia! (Untuk 1st timer macam aku ni, memang terkejut). Mungkin anda-anda semua tak heran kot sebab dah tau dan dah biasa, haishh...

Menjelang petang, bertolak ke Putrajaya - Alamanda. Nak tengok Iron Man 2. Baru aku teringat, harini Iron Man 2 release. Walaupun beli tiket on-the-spot, nasib menyebelahi kami; dapat jugak tengok cerita tu dengan selesa. Sebelum sampai Alamanda tu risau tiket sold out. Tapi dapat tau tiket untuk kol9 malam dan midnight memang dah sold out. So, kami lah penghabis tiket untuk petang tu.hahaha...Owh ye, lupe pulak nak cakap, credict to staffs GSC Alamanda. Korang semua memang BEST!. Layanan 5 Bintang. 2 Thumbs Up. Sentiasa bagi senyuman manis kat customer. Masa nak beli tiket, staff kat counter pun peramah, sabar tunggu kerenah pelanggan macam aku ni yang memang banyak-banyak tanye. Masa nak masuk movie hall pun sama, staff yang jaga kat situ senyum je..siap cakap 'enjoy your movie miss' dengan penuh sopan dan ramah. Alahai..sejuk mata memandang dikala petang-petang ni memang aku dah penat berjalan. Wah, mood baik ah aku petang tu. hehe..





.