Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Dah lebih 2minggu berpuasa, mood raya pon mula la berlari-lari datang dalam jiwa kan. hahahha..Tapi sebenarnya ada satu faktor yang sangat mempengaruhi mood ni. 'AKU DAH START CUTI RAYA!!'

Tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua, ada la dalam 3 minggu cuti raya tahun nih. (pandai-pandai buat cuti sendiri, tapi dah diluluskan oleh sv). Hari ni kira last day kat ofis la, esok nak pergi servis kereta. Dalam kepala dok fikir, esok tak payah la datang ofis, hehee..bole pulak kan. Lepastu hari Sabtu Ahad ada aktiviti bersama Nud. Lagipun weekend ingat nak pergi berbuka puasa dengan Sabrina dan Aini. Banyak kali dah plan nak keluar dengan diorg, tapi selalu je tak jadi, takde kesempatan orang kata.

Kesimpulannya hari Isnin pagi pagi buta boleh la bertolak meninggalkan Johor. Perlu menyinggah di Ayer Keroh dan Seremban untuk amik adik-adikku, lepastu terus menuju ke Dengkil. Wahhhh dah lama tak tengok gegirl yang bernama Shazlin, sepatutnya die sekarang dah berumur 5bulan lebih. Rindunyaaaa. Gambar die ketika usia sebulan dan 2bulan semua lesap akibat tragedi Memory card handphone uhuhuhu. So, takde langsung lah gambar die dengan aku sekarang.

Terasa cepat gila masa berjalan. Rasa macam baru je start puasa, lepastu aku dah nak balik kampung dah (ke aku yang cuti awal), apekah. Tak sempat nak buat banyak aktiviti makan beramai-ramai. Baru sekali pergi berbuka beramai-ramai dengan geng WCC kat Malay Village, tapi tu pun boleh dikira moreh besar-besaran kot bak kata Sanik. Pergi makan lepas habes terawih, kira berbuka jugak ke kan, hehhee.. 2 hari lepas, pergi berbuka dengan ahli-ahli Prototype 1 kat Che Mek Taman U. Order tak nak kalah kan, dengan pari bakar, siakap 3 rasa, kerang bakar, tomyam, telur dadar, padahal makan 4 orang je hehehe..Orang nak belanja, apa lagi kan. Credict to Farah sebab sudi belanja penuhkan perut yang seharian berpuasa. Masa genap seminggu berpuasa, Dr Ramlee a.k.a sv dah menjemput kami kami semua berbuka dan bertadarus di rumah beliau.

Ahli-ahli Prototype 1

Rumah Dr Ramlee


Malay Village


Nasi Putih with Sotong Sambal


Telur Dadar

Nasi Goreng Cina

p/s: hanya sempat amik gambar makanan yang terdekat dengan diri sendiri sahaja


Tahun lepas, kitorg pergi berbuka kat JB Catering, perghh memang heaven la penuh dengan makanan. Harga pun ok jugak la RM 24/person. Lepastu, di episod lain pulak kitorang ahli-ahli Prototype 1 (yang memang berbakat besar mengepaw) sempat paw FJ belanja kitorg berbuka kat Senibong.

Nak letak gambar-gambar berbuka tahun lepas, PC buat hal pulak; gambar semua kat situ. Ini je gambar yang ada dalam laptop.

Wohhh, cukup-cukupla cerita pasal makan dan makanan, weng ke hape ntah, lambat lagi berbuka.

Okeyla u olls, sebabkan i dah nak balik kampung, so memang tak kan online nyer nak nak pulak time sebok-sebok nak raye ni kan. Jadinye nak wish kat semua


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Tuesday, August 17, 2010

Pening-pening Ayam Oh

Rabu. Hari ke-8 Ramadhan. Bangun pagi, sakit kepala pulak, gara-gara tak cukup tidur. Entah lately susah benor nak lelap, tak sedar pukul berapa dah tertidur semalam. Lalok pening-pening ayam lah aku harini. Dah la minggu ni dah sambung balik measurement. Dekat lab lain pulak tu. Bulan-bulan puasa ni, buat measurement pun nak kena berlari-lari anak, jogging setempat bagai.

Haiii, nasib la badan, confirm kurus aku time raya nanti hehehe...Takpe, layankan je lah, nak berlari ke, melompat ke hape ke. Petang semalam, ramai orang pulak dekat lab. Maluuu pulak rase, bila tiba-tiba ternampak En. Amir tengah meng-usha apa yang kitorg buat tu. Siap dia datang tanye lagi ha. Sebelum tu pun dah ade Dr. Ngasri datang jugak menyinggah. Bila ditanya, errr...susah jugak aku dengan Sya nak terangkan bagi diorg paham.

Aduhai, macam pendatang dari mana pulak aku rasa, buat measurement kat tempat orang, dah la diorg tak kenal kot aku. Nasib la ada si Fairus sukahati, boleh la buat layan borak kat lab tu, tak de lah macam kera sumbang pulak kat lab tu. Tak tau bila boleh siap measurement nih, baaannnyyaaaakkkkk kot data nak amik. Sabor je lah, kejor buat cepat-cepat, boleh la submit writing cepat-cepat, boleh la grad cepat-cepat, boleh blah cepat-cepat, hoh semua nak cepat-cepat dah ni.

Kejap lagi nak pergi sambung buat measurement lagi. Nak ber-jogging-jogging setempat sambil berlakon lagi, hopefully aku tak langgar dinding, langgar kerusi, langgar meja tengah-tengah lalok ni. Hah, siapa pulak harini nak interview kami agaknya, sila sila lah menyinggah.*Gila*.hahahaha..

Eh, malam ni berbuka di rumah supervisor. Semoga aku tak tertidur petang nanti lantas terlepas berbuka puasa. Hoi hoi.

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan bakal menjelang.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berpuasa Ramadhan tahun ni.

Semoga bulan puasa kali ni memberi sejuta hidayah buat kita semua.

InsyaALLAH.

Sunday, August 8, 2010

Bengang

Weekend adalah 1hari sahaja, gara-gara INATEX.

Ahad sahaja hari untuk rehat dan berfoya-foya, harus tidak cukup hilang penat bekerja 3hari di DSI.

Pagi Isnin, (tak pagi sangat) diganggu oleh insan muka tembok a.k.a kacang lupakan kulit. Huh, hilang mood, rosak segala cerah ceria. Tak tau la kenapa, apa masalah insan tu, setelah bertahun-tahun menyusahkan hidup aku, masih tak serik-serik, tak cukup lagi nak sakitkan hati aku. Dah macam-macam dia buat, siap dah maki aku segala, tak malu cari aku lagi. Ntah orang tak paham bahasa, susah. Hidup aku aman kalau dia tak kacau aku. Dia pulak, tak reti-reti nak sedar diri. Sekarang dia dah macam telan balik kata-kata dia kat aku. Allah Maha Adil.

Sampai sekarang aku cukup tak suka, benci pun ada. Oh, tolong lah! tolong, tolong jangan meyusahkan hidup aku lagi. Aku tau, kau tak pernah rasa kau cukup banyaaakkk menyusahkan hidup orang. Bila susah, pandai cari.

Semoga satu hari nanti kau dapat pengajaran atas apa yang kau dah buat. Dan harapnya Ramadhan yang bakal tiba ni dapat menginsafkan kau, dan dapat menenangkan hidup aku. Semoga kita sama-sama dapat hidayah dari-Nya. InsyaALLAH.


Pagi ni serba serbi tak kena. Kat jalan raya, semua nak cari pasal, memang tak paham bahasa. Dah masuk UTM, jumpa lagi golongan yang tak paham bahasa, memang bikin aku bengang tahap maksima, sampai aku hentak stereng kereta. Mood aku memang huru hara gara-gara puaka insan yang mengganggu tu. Satu lagi, aku cukup pantang kalau benda yang bukan salah aku, tapi sesedap rasa nak tuduh-tuduh. Weh, ingat muka aku ni muka buat salah ke. Cakap sekali cukupla, aku dah cakap bukan salah aku, tak paham lagi ke, ni memang nak cari gaduh ke hape.



Jangan buat kacau.