Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Dah lebih 2minggu berpuasa, mood raya pon mula la berlari-lari datang dalam jiwa kan. hahahha..Tapi sebenarnya ada satu faktor yang sangat mempengaruhi mood ni. 'AKU DAH START CUTI RAYA!!'

Tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua, ada la dalam 3 minggu cuti raya tahun nih. (pandai-pandai buat cuti sendiri, tapi dah diluluskan oleh sv). Hari ni kira last day kat ofis la, esok nak pergi servis kereta. Dalam kepala dok fikir, esok tak payah la datang ofis, hehee..bole pulak kan. Lepastu hari Sabtu Ahad ada aktiviti bersama Nud. Lagipun weekend ingat nak pergi berbuka puasa dengan Sabrina dan Aini. Banyak kali dah plan nak keluar dengan diorg, tapi selalu je tak jadi, takde kesempatan orang kata.

Kesimpulannya hari Isnin pagi pagi buta boleh la bertolak meninggalkan Johor. Perlu menyinggah di Ayer Keroh dan Seremban untuk amik adik-adikku, lepastu terus menuju ke Dengkil. Wahhhh dah lama tak tengok gegirl yang bernama Shazlin, sepatutnya die sekarang dah berumur 5bulan lebih. Rindunyaaaa. Gambar die ketika usia sebulan dan 2bulan semua lesap akibat tragedi Memory card handphone uhuhuhu. So, takde langsung lah gambar die dengan aku sekarang.

Terasa cepat gila masa berjalan. Rasa macam baru je start puasa, lepastu aku dah nak balik kampung dah (ke aku yang cuti awal), apekah. Tak sempat nak buat banyak aktiviti makan beramai-ramai. Baru sekali pergi berbuka beramai-ramai dengan geng WCC kat Malay Village, tapi tu pun boleh dikira moreh besar-besaran kot bak kata Sanik. Pergi makan lepas habes terawih, kira berbuka jugak ke kan, hehhee.. 2 hari lepas, pergi berbuka dengan ahli-ahli Prototype 1 kat Che Mek Taman U. Order tak nak kalah kan, dengan pari bakar, siakap 3 rasa, kerang bakar, tomyam, telur dadar, padahal makan 4 orang je hehehe..Orang nak belanja, apa lagi kan. Credict to Farah sebab sudi belanja penuhkan perut yang seharian berpuasa. Masa genap seminggu berpuasa, Dr Ramlee a.k.a sv dah menjemput kami kami semua berbuka dan bertadarus di rumah beliau.

Ahli-ahli Prototype 1

Rumah Dr Ramlee


Malay Village


Nasi Putih with Sotong Sambal


Telur Dadar

Nasi Goreng Cina

p/s: hanya sempat amik gambar makanan yang terdekat dengan diri sendiri sahaja


Tahun lepas, kitorg pergi berbuka kat JB Catering, perghh memang heaven la penuh dengan makanan. Harga pun ok jugak la RM 24/person. Lepastu, di episod lain pulak kitorang ahli-ahli Prototype 1 (yang memang berbakat besar mengepaw) sempat paw FJ belanja kitorg berbuka kat Senibong.

Nak letak gambar-gambar berbuka tahun lepas, PC buat hal pulak; gambar semua kat situ. Ini je gambar yang ada dalam laptop.

Wohhh, cukup-cukupla cerita pasal makan dan makanan, weng ke hape ntah, lambat lagi berbuka.

Okeyla u olls, sebabkan i dah nak balik kampung, so memang tak kan online nyer nak nak pulak time sebok-sebok nak raye ni kan. Jadinye nak wish kat semua


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


2 comments:

hanimichi said...

Siha dh balik kg? wahh...bestnya!
Akak next wednesday baru dpt balik kg..drive sensorang...huhu..harap dpt sampai dgn selamat, panjang umur insyaAllah kita jumpa lagi ye.. (wah, ayat mcm nk balik skang je kan..hehe)
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin seandainya ada kekhilafan dari akak... moga berbahagia di hari lebaran nnt..wassalam.

siha said...

salam akak..baru bukak blog ni, hehe..
hrtu dapat cuti awal., terus balik kg la, nk merasa berpuasa dgn family plak hehe..alhamdulillah selamat semua pergi dan pulang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk akak jugak, Maaf Zahir Batin.