Tuesday, August 17, 2010

Pening-pening Ayam Oh

Rabu. Hari ke-8 Ramadhan. Bangun pagi, sakit kepala pulak, gara-gara tak cukup tidur. Entah lately susah benor nak lelap, tak sedar pukul berapa dah tertidur semalam. Lalok pening-pening ayam lah aku harini. Dah la minggu ni dah sambung balik measurement. Dekat lab lain pulak tu. Bulan-bulan puasa ni, buat measurement pun nak kena berlari-lari anak, jogging setempat bagai.

Haiii, nasib la badan, confirm kurus aku time raya nanti hehehe...Takpe, layankan je lah, nak berlari ke, melompat ke hape ke. Petang semalam, ramai orang pulak dekat lab. Maluuu pulak rase, bila tiba-tiba ternampak En. Amir tengah meng-usha apa yang kitorg buat tu. Siap dia datang tanye lagi ha. Sebelum tu pun dah ade Dr. Ngasri datang jugak menyinggah. Bila ditanya, errr...susah jugak aku dengan Sya nak terangkan bagi diorg paham.

Aduhai, macam pendatang dari mana pulak aku rasa, buat measurement kat tempat orang, dah la diorg tak kenal kot aku. Nasib la ada si Fairus sukahati, boleh la buat layan borak kat lab tu, tak de lah macam kera sumbang pulak kat lab tu. Tak tau bila boleh siap measurement nih, baaannnyyaaaakkkkk kot data nak amik. Sabor je lah, kejor buat cepat-cepat, boleh la submit writing cepat-cepat, boleh la grad cepat-cepat, boleh blah cepat-cepat, hoh semua nak cepat-cepat dah ni.

Kejap lagi nak pergi sambung buat measurement lagi. Nak ber-jogging-jogging setempat sambil berlakon lagi, hopefully aku tak langgar dinding, langgar kerusi, langgar meja tengah-tengah lalok ni. Hah, siapa pulak harini nak interview kami agaknya, sila sila lah menyinggah.*Gila*.hahahaha..

Eh, malam ni berbuka di rumah supervisor. Semoga aku tak tertidur petang nanti lantas terlepas berbuka puasa. Hoi hoi.

No comments: