Saturday, March 5, 2011

Kufur Nikmat

Beberapa hari lalu, seorang kenalan ade menyebut hal kufur nikmat ni. Bukan isu apa pun, sekadar di sebut dalam ayat perbualan biasa. Sejak itulah perihal kufur nikmat ni berlegar-legar dalam minda. Semacam baru sedar, aku kurang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Nya. Baru lah aku insaf sikit bila fikirkan semua yang aku nikmati sekarang. Aku sedar, seringkali aku mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Aku mengaku, saban hari ade je keluhan yang keluar dari mulut. Mengeluh tandanya tidak bersyukur kan.

Itulah, bila kawan menyebut hal kufur nikmat, aku rasa tersentak. Syukur, aku belum terlalu jauh hanyut dalam kufur nikmat. Sekurang-kurangnya aku masih lagi ade tempat berteduh, berlindung, masih lagi merasai nikmat makanan yang sihat, saban hari masih lagi mampu untuk mengisi perut, yang paling penting masih lagi berpeluang bernafas dan meneruskan hidup dengan sempurna tanpa cacat cela. Pendek kata, rezeki tidak putus-putus, sentiasa ada berterusan. Tak perlu nilaikan kuantiti, yang ada pun telah memadai kan. Selalunya aku mengeluh kerana fikirkan perkara yang kurang. Apa yang perlu di bebankan sangat dengan status 'kurang' itu kan, yang penting ADA. Terbukti, aku sentiasa dilimpahi dengan nikmat yang melimpah ruah. Namun, sentiasa lupa, sentiasa menyalahkan takdir, terlalu memikirkan kekurangan hingga wujudnya kufur nikmat dalam diri..Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.


No comments: