Sunday, July 18, 2010

Hidup Dalam Dunia Sendiri

-

Sabtu.Hari minggu.

Tiba-tiba weekend kali ni terasa lapang. Kalau minggu lain, ada je aktiviti-aktiviti yang berlangsung, tapi minggu ni lain sikit. 2 minggu lepas, pergi KL sampai la hari selasa cutinya, Rabu baru masuk ofis. Jumaat pulak, cuti lagi. Seawal pukul 4 pagi nak gerak pergi Terengganu pulak. Ops, belum sampai seru lagi nak buat entry pasal cuti-cuti Terengganu, nanti-nantilah ye.

Minggu ni kosong, duduk kat bilik sendiri buat operasi mengemas bilik hotel 5 bintang ni. Semalam pergi tido kat bilik Farah, pagi tadi baru balik rumah sendiri. Petang ni Shikin kata nak datang hantar kain nak buat baju kurung katanya. Ni mesti kain dia beli kat jakel haritu ni hehe..

So, nampaknya memang harini jadi anak dara kampong yang dok je kat umah, mengemas-ngemas. Tapi tak boleh nak masak, duduk je dalam bilik, bukak pintu dunia sendiri, masuk, tutup balik. Disebabkan dah masuk dalam dunia sendiri, lunch pun hanya biskut oatcrunch dengan milo cereal 3in1. Plan petang ni baru keluar lihat dunia luar sambil cari makan. Hidup dalam dunia sendiri. Kat WCC, Linda baru je berpesan, “kita hidup je la dalam dunia sendiri, baru bahagia” hehe..bole ke. Dia bole la kot.




Petang semalam, lepas pegi makan, pergi dating pulak dengan Farah kat Tasik UTM. Kali ni kami berdua je, sebab Nud ada hal pulak nak jumpa lecturer dia..[Bz memanjang, tak suka lah macam ni, baru je balik jb, nama je ada kat sini, tapi susah sangat nak dating dengan die,huhuhu..] Buang masa kat tasik saja-saja sebab rasa macam dah lama tak jejak kaki kat situ setelah tempat tu dah transform/diupgrade.

Bila azan maghrib bergema, balik K9, hantar Farah. Dah alang-alang, menyinggah kat bilik dia kat kayangan tu. Bila dah naik, mengah2 sampai aras 5, mestila pikir banyak kali nak turun. Penat-penat naik, dok kejap, turun, huiii tak berbaloi. Tanpa dipelawa(ala, macam tak biasa kan), aku buat keputusan nak tidur kat situ, terasa malas nak balik rumah.



Bila sebut pasal rumah, 2-3 hari ni terasa malas nak mewujudkan diri kat rumah. Keadaan dah tak tenang macam dulu, chewahhh macam ade hape je kan, haha.. Macam tak bebas sangat. Selalunya aku suka sangat dok kat rumah, kalau boleh tak nak keluar dah.. Semua benda dah ada, dok je la kat umah kan. Rumahku Syurgaku.

Tapi sekarang, susah sikit, dah tak jadi ‘Home sweet home’ dah. Dapur tak yah cakapla bergelimpangannye. Aku bagitau Kak B, die jenguk kejap, terus dia cakap, hish macam rumah kena rompak dah gayanya, hahaha..Apa tidaknya, dengan chopping board kat lantai, kain lap pun kat lantai, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak bercuci siap pakej sekali dengan sisa makanan. Haiii, die ni masak kenduri satu apartment ni agaknya kot. Ni la gayanya, kalau tau memasak tapi tak reti nak kemas. Kalau dah 2-3 kali memasak, barang-barang yang diguna tu bukan nak basuh, asyik bertambah je kat sinki. Kuali periuk belanga segala tak de yang bersih dah, semuanya kotor. Aku nak masak pun tak de mood weh. Aku rasa aku dah tak boleh sabar dah ni.

Sebelum ni pernah buat hal jugak, tapi dah slow sikit. Pinggan mangkuk gelas yang die tinggal berminggu-minggu kat sinki tu pun kadang-kadang kitorg basuh je. Yang banyak rajinnye Kak B la, aku tak kuasa asyik nak basuhkan. Sekarang ni dia buat hal balik dah. Dua tahun aku dok umah ni, sepanjang tu jugak la perangai dia tak berubah-rubah, sampai dah bertukar status pun masih sama jugak perangainya.

Orang kata tak baik cerita keburukan orang kan, so, tak yah la aku citer panjang-panjang. Cumanya aku nak bagitau aku dah tak suka sangat balik rumah kalo keadaannya dah macamni. Tu la sebabnya aku merempat-rempat je kat tempat orang. Bilik aku kat umah ni dah macam hotel je tempat aku balik mandi tukar baju, tido. Nasib baik la dia dah nak pindah, sabar je la.





Sambung balik cerita kat bilik Farah.

Dah bosan-bosan dari tadi asyik dating berdua. Call Nud, bagitau kitorg nak pergi tido kat bilik dia. Dia pun ok je. Dia kata jangan datang awal sangat, sebab dia ada kerja sikit nak pergi setel. Dalam pukul 12 ktorg pun siap-siap la bawak barang yang patut nak g bilik Nud. Siap dengan bantal sekali sebab Nud kata dia ada 2 je bantal.

Tapi, tiba-tiba….ni la kejadian paling blurr aku dgn Farah pernah jumpa. Da sampai kat gate K9 tu, tengok-tengok gate da tutup nyah. Masing-masing blurr weh, tak tau nak kata ape dah. Lepas 2-3 minit baru kitorg bole jadi waras sikit, reverse keta patah balik kat tempat paking tadi. ‘Apa dah jadi ni, kita terperangkap ni Farah.’ Farah pun blurr, sampai tak tau nak kata apa. Aku rasa, banyak je aku Tanya, tapi satu pun dia tak jawab. Kalo dia jawab dengan soalan jugak pun tak pe la, ni terus senyap. Kena santau ke hape budak nih.

Bagitau Nud, kitorg terperangkap, tak jadila plan kitorg gamaknye. Tengah dok borak2 dengan Nud kat tepon tu, ada lembaga menghapiri. Sape lagi kalo bukan Mak Tiri Farah a.k.a Mak Mertua Lin dan Nud. Dia ketuk pintu keta aku. Mak aih, aku rasa macam orang jabatan agama ketuk pintu keta orang buat maksiat dalam keta pulak, macam ni ke ek, hahahaha..

Aku terfikir jugak camne die bole tau aku ada kat dalam keta. Lepastu barula aku sedar, memangla, aku dok dalam keta tu lama jugak dengan tak matikan enjin keta, lampu terpasang, dan parking kat tempat parking staf berbumbung ok. Macam-macam la dia bersoal jawab dengan aku. Spontan, aku kelentong la macam-macam, tak kanla aku nak cakap kan aku ni illegal masuk kolej ni tumpang bilik kawan. Padahal dalam hati membuak2 weh geram.

Mak Tiri : Awak ni dari mana nak kemana

A : Saya dari atas (sambil pandang blok depan mata) nak pergi bilik kawan saya kat K 12, tapi tadi tengok pagar depan dah tutup.

Mak Tiri : Ow, awak ni tak boleh keluar dah la. Nak keluar boleh..(ingatkan dia nak bukak pintu pagar tu) tapi tak digalakkan la sebab dah malam sangat.

A : Owww yeke, (sambil buat muka innocent)

Mak tiri : Awak ni duduk sini ke, dah amik sticker kenderaan ke belum. (sambil usha-usha sticker keta aku)

A : A’ah saya dok blok ni la,(konfiden giler) tapi tak amik sticker lagi.

Mak Tiri : Ha, awak parking kat tempat lain la, sini tempat staff, nanti kang kena saman pulak. (Dia tak tau ke, ni memang tempat aku parking setiap kali aku ceroboh kolej dia ni, sebab keta aku sticker staff)



Rasa macam budak sekolah pulak macamni. Walaupun aku bukan stay kat kolej ni, tapi dia pergi tutup gate tu tepat pukul 12 malam, macam hape je kan. Rasa nak memberontak pun ada. Hai, dah macam asrama sekolah pulak. Dengan perasaan tak puas hati berbuku dihati, ktorg terpaksala panjat semula tangga-tangga kejayaan naik ke bilik Farah. Hadoi, dapat satu kerja tak pasal-pasal.




p/s : panjang siot bebel $%%&^@^%$#

-

No comments: