Tuesday, July 20, 2010

Terengganu..After great 8 years



Semangat berkobar-kobar dalam diri nak plot data untuk siapkan graf measurement, sebab nak siapkan poster pameran sempena lawatan Sultan. Malangnya sedikit demi sedikit semangat tu gugur satu persatu setelah bukak laptop dan tengok data tu tiada, rupa-rupanya data masih lagi dalam memory card dalam VNA dan belum transfer. Wah, pandai sungguh kamu ni Siha. Esok sempat ke, harus pergi awal ke WCC esok, lupakan jadual masuk ofis pukul 10 kau tu ye.

Arakian, sebab dah alang-alang bukak laptop ni, mula la aktiviti kurang berilmiah berlaku. Kalo biarkan aku lama-lama tanpa arah tujuan takde benda nak buat, alamatnya nanti sesatlah aku dalam dunia aku sendiri. Untuk mengelakkan kesesatan terjadi, apa kata kita layan cerita lepak heaven Terengganu. Serius heaven! Apa la yang best sangat tu kan, hahaha..


Okey, setelah hampir 8 tahun berlalu…(padahal selalu je jejak bumi Terengganu setiap kali balik kampung) aku kembali semula ke negeri yang bersebelahan je dengan negeri asal usul aku. Ye, dulu aku sekolah kat Kuala Terengganu selama 2 tahun. Menjadi warga sementara di situ. 2-3 hari sebelum bertolak, tiba-tiba rasa rindu kat sekolah lama, teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu, bestnya..haiishh manala semua kawan-kawan sekolah dulu ye. Pergi kelas, balik kelas, beratur kat dewan selera, pergi prep, ponteng prep-menyorok bawah katil bila warden check dorm, haha…Pergi riadah, untung sebab sekolah ada swimming pool, jadi waktu riadah petang dapatlah pergi swimming-siap cramp kaki dalam pool sambil terjerit-jerit, huh bikin malu je haha. Oh, suddah terlalu lama tidak swimming. Waktu sekolah tu, ada yang fikir aku ni berasal dari Terengganu, hahaha..apa-apa la kawan. Memang waktu tu aku banyak main dari belajar agaknya, tak belajar betul-betul, rugi sungguh. Patutla SPM kantoi,hahaha. Owh ye, dulu kami berjalan kaki saja ke pantai untuk aktiviti perkhemahan sekolah sebab sekolah memang dekat dengan pantai. Petang-petang, angin pantai memang sampai la ke asrama. Kat sebelah sekolah pulak ada maktab perguruan. Tiap-tiap pagi ketika kami berkumpul kat perhimpunan, mesti terdengar lagu guru Malaysia berkumandang dari pagar sebelah.

8 tahun lepas


Wah, lain rasanya kan, kalau dulu berjalan-jalan outing dalam bandar dengan status budak sekolah/budak asrama, tapi sekarang kira sebagai pelancong jugak lah ye, hehe..Apa tidaknya, kalau dah trip kali ni bersama-sama dengan mereka yang bukanlah pernah/selalu ke negeri keropok lekor ni. Aku pun tumpang join jakun sekali. Dulu pergi outing pun setakat ke Pustaka Sri Intan, Mydin, Pasar Payang dengan berpakaian beragam rasmi sekolah untuk outing. Shopping pun barang-barang keperluan student je la, stationaries. Kali ni pulak, berpusing-pusing kat Pasar Payang cari keropok ikan, keropok segera, pencicah keropok, hah tak macam mak nenek ke gitu haha..



Pusing-pusing pasar payang

Haritu plan nak bertolak pukul 4 pagi hari Jumaat, dan aku memang tak tidur la malam tu (bukan sebab terlalu excited ok). Kemas-kemas bilik sikit, balut hadiah kawen untuk housemate, sedar-sedar je dah pukul 2 pagi. Siang tadi dah fikir, kalo nak gerak pukul 4, kena la bangun pukul 3 nak mandi, bersiap dan pergi ambil ahli rombongan. Akhirnya, tak sempat nak tidur pun, nasib baikla bukan aku yang drive..credict to FJ. On the way tu memang mereng la kepala hotak aku ni, kejap jaga kejap tidur. Kalau jaga pun bukan betol sangat dah. Sekarang baru aku terfikir, kesian kat mereka-mereka dalam kereta tu kalau aku jaga, aku pun tak tau kenapa haha..kalau aku tidur,amanla sikit kot diorang.


Sepanjang kat sana, memang best!, aku la rasa sangat best. Entah, rasa BEST sangat, rasa happy giler, sampai aku lupe semua kerja, tension gundah gulana pun semua hilang. Berjalan-jalan,lepak,makan je kerjanya, penginapan pun 6 bintang (kasi up sikit). Tuan rumah sangat la peramah dan baik hati, seronok dapat jumpa mak sya, kakak ipar sya, adik sya. Terima kasih daun keladi untuk tuan rumah kerana mengalu-alukan kedatangan kami terutama sekali Sya yang sudi menjemput dan men-support hehe..Mak sya suka bercerita, aku pahamla apa yang dia cerita, tapi kesian la dekat minah yang pertama kali sampai ke Terengganu tu, memang blur jugak dia, hahahhahahahaha…kesian ko Linda. Farah ok sikit la dari Linda. Aku dengan Pah memang boleh layan borak la. Seronok juga dapat menyibuk-nyibuk dalam majlis sya dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Wohhh panjang gilos dah ni, kita biarkan gambar pula bercerita.






Ketibaan kami ahli rombongan


Masjid Kristal



Panas woh, tetap nak ber-camwhore



Pantai Chendering




Sarapan : Nasi Dagang, (bekalan tenaga untuk bershopping di Pasar Payang)





The pink day!! hehe..


Kak Lin (in purple) @ kakak ipar Sya

Okey, 3, 2, 1 action!! (the drama begin)




Kami dan mereka

Pantai Batu Burok




Drama Queen lagi!











Ehem-ehem...Pah, i nak jugak letak gamba ni, izinkan ye..hehe..

















Hah!, sabar-sabar.. bapak banyak giler, tolong tolong tolong jangan termuntah disini ye kawan-kawan..hoho..Oh, ada lagi sikit, gambar scandal of the trip muahahahaha (gelak lanun). Terjah! Layannnzzzzzz...






p/s : Sya, mintak izin letak gambar majlis anda disini ye. Kalau tak izinkan pun kena izinkan jugak. Tolong jangan sumpah aku jadi batu Pantai Cendering, *ampun*

1 comment:

Izan said...

amboi2..bergayanya cik C ni.hehehe