Monday, March 22, 2010

House - warming...

Weekend!, okey ni adalah antara aktiviti-aktiviti penuhkan schedule weekend yang sejak akhir-akhir ni mmg sentiasa kosong. (kosong la sbb poket kering, adeeiisss.. :-))

Hari Sabtu haritu, Farah sekali lagi mengidam nak makang ikang, haishhh nape la dgn selera budak sorg ni ek..dr mgu lepas lagi asyik nk makan ikan je, sopan je ayat die cakap nak masak2 kat umah aku, hhehee...okay2, citer yang ni dlu, so, pagi2 sabtu tu-eh-xdela-pagi-sgt- ktorg pon pegi pasar kat Taman U tu dalam hujan renyai2 bahasa. Pegi pancing ikan keh keh keh...End up, aku beli ikan kembung sekilo, dgn udang setengah kilo. Pastu sayur beli kacang dgn cili padi dan timun aje lah, bukan ape, aku rase nak makan ulam dgn budu pulak dikala hujan2 renyai ni..hehe...owh, kubis dgn carrot banyak lagi kat peti ais kat umah sbb sepanjang minggu lepas aku xmasak pon.ahakss..Farah plak suggest nak makan masak lemak kubis, jadi kami pon pegi la cari santan plak kat pasar tu..Agak terkial2 sbb ni kali kedua aku pegi pasar Taman U sbb selalunya berbelanja barang dapor di Jusco, Econsave, Giant, hehe..

Da balik umah, dgn perjalanan yang agak mencabar disebabkan cuaca yg kurang baik, akhirnye selamat jugak kami dgn barang2 dapor ni. So, tanpa berlengah, ktorg pon mulakan aktiviti kecah dapur. Aku bersihkan ikan, udang sementara farah pula potong-potong sayur. Eh, kenapa tibe-tibe ayat jadi skema macam tulis karangan BM SPM.Oh-abaikan.

Tgh aku syok potong cili padi, datang dah tetamu pembantu dapor yang sorang ni, Linda a.k.a Lindot., aku mmg tercengang bile die dgn senyum kambing masuk umah aku sambil pegang plastik yang berisi 5biji telur ayam dan beberapa tangkai cili padi, aduh lawak versi ape pulak minah ni nak buat..Macam la kat umah aku ni xde telur ayam dengan cili padi tu, alahaaaiiii...punya la die mengidam haha...Linda terus terpekik2 (okey exaggerate) cakap aku nak makan telur kicap, ade tomato tak, ade kicap tak...die cakap macam xcukup telinga dah ktorg nak dgr. dah la time tu Tikah tgh goreng ikan pembuka selera Farah. Yang linda ni plak sibuk2 cari kuali satu lagi tak menyempat2 dah nak goreng telur mata die tu. Part tu aku serah je la kat die ha, aku tgh prepare nak masak lemak kobis ni. Dengan khidmat 4 tukang masak, finally siap jugak la hidangan lunch ktorg haritu...Semua pon tersenyum la sbb dah boleh isi perut masing-masing, siap xtunggu Lin sampai dah...makan dulu, hehehe..

Tadaaaaa!!!.....


Abaikan pinggan lauk-lauk semua dah comot sbb amik gamba masa dipertengahan aktiviti makan-makan. Lihat, ada budu disitu. Tidak lupa juga menu tambahan-Telur Kicap-ilham dari Linda. Dan Masak Lemak Kobis dah di-modified dgn kreativiti cik siha apabila ditambah dengan udang, kacang panjang, carrot dan tomato-da macam kuah lodeh aku tengok, hahahaha...Gara-gara nak letak udang dalam sayur, nak nampak cantik, kuah lemak kaler putih tu mmg sengaja diwarnakan dengan pewarna kunyit dan untuk menyerikan kan lagi, tambah kaler ijau dari kacang panjang dan oren dari carrot, wah feveret tu, suke hati masak ikut selera sendiri sbb aku hanya makan sayur kalau ianya nampak menarik dan bervariasi-berlagak-siot-menangis la korang dengan kuasa veto aku ni.

Seronoknye masak2, aku mmg suka masak kalo ade orang yang nk habiskan ape yang aku masak tu, kalo stakat nak masak utk aku je, bek xyah..hahaha..
Sabtu minggu lepas pun sama jugak, disebabkan sekarang musim poket bocor, sebab dah 3bulan tak dapat gaji, jadi, aktiviti hujung minggu hanyalah bermanja2 degan dapur masak kesayangan di rumah,...adoila, bile la nak dapat gaji ni, asyik dok menghitung hari je ni..Aku dah janji nak masak Spageti cheese kat Farah dengan Nud bile dah dapat gaji nanti. Aku pn dah teringin sangat nak mencekik ni hahaha..
Menu minggu lepas, aku masak Sambal Sotong, Sayur Campur, Ikan Kembung Goreng Kunyit. Ceh, nama menu tak agak2, padahal ikan goreng biase2 je..*Gambar tak dapat dikenal pasti*


Okey kawan2, mari kite contdown hari nak dapat gaji, dah nampak sinar dah sikit tu..sabo sikiiittt je lagi. Lepas ni bole vogue kan la menu weekend kita, masak segala macam benda tanpa mengira bajet, muahahahaha...gelak jahat-riak-sambil bayangkan duit gaji.

5 comments:

PiSCesGurLZ said...

waa...ak tetipu ..de gambo upenyer..ritue beria ckp x sempt amek gambo idangan yg menyelerakan nihh....nk curik menghiasi blog aku..hehhehehe

siha said...

uit uit lindot, ko haritu kan dok sebok2 melantak, mana la ko tau dah org len watpe, seb bek aku xsnap gamba kerakusan ko mkn, hohohoo...
weh, bayor dlu royalti gambo nih sblm publish haha

Izan said...

wah2..cik C da tunjuk kpakaran mmasak da!!hehe..

siha said...

hahahahahaha....pakar abes E, utk masuk tekak sendiri bole la, kalo tak, sape nk masak, heehe..

Izan said...

cik C..sila jwb tag dr blog sy ye.

sekian, terima kasih

Haha~