Thursday, June 24, 2010

Kerja..dan mem-bebel

-
Sekarang banyak kerja.


Tak boleh main-main terlalu banyak, tak boleh lepak dan berangan terlalu kerap. Jun hampir pergi, seperti yang dah dicanag-canang ke serata pelusuk kampong, Julai adalah episode workaholic. Mungkin.


Semua masalah yang membelenggu kelancaran kerja dah diselesaikan. Walaupun perlu merelakan diri 1-day-trip to Shah Alam hanya kerana untuk pick up equipment – VNA. Nasib baik ada ahli bilik prototype 2 yang mengaku dia hensem sudi menjadi pemandu setia. Penat juga ye walaupun hanya perlu me-landing-kan bontot kat seat kereta, layan perasaan.

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, hanya duduk menghimpit kepintu kereta memandang keluar jendela macam orang bergaduh dah ibaratnya walaupun Linda juga ada. Dia pun asyik melayan perasaan je aku tengok. Elok lah tu, aku kat belah kiri, die belah kanan, kalau kami bergabung tenaga, boleh lukis map/landskap sepanjang kiri-kanan jalan jb-s.alam.huahuahua. Pemandu juga penuh konsentrasi sambil ber-sms, co-pilot pulak, aku tau dia pun berangan aje sambil kerut-kerut muka merenung tajam kehadapan, hehehe...sori sya. Disebabkan semuanya tak biasa dengan kawasan Subang Jaya, agak terkial-kial mencari hala tuju. Nasib baik orang yang menunggu kedatangan kami tu sporting, baik lagi hensem orangnya,hahhaha..(sempat..).

Dengan bantuan dia, sampai jugak ke ofis R&S. Lobi ofis dia, cool. Malas nk citer panjang-panjang sebab sekejap sangat me-wujudkan diri kat situ. Tunggu Mr. Rafe amik VNA, sign borang, terus bergerak pulang. Hah, sambung layan perasaan lagi sambil berdebar-debar dengan equipment berharga puluh rib dalam kereta. Kesimpulannya, tiada alasan lagi untuk sambung project yang dah delay.


Terkejar-kejar tak cukup kaki, tangan dan perasaan nak buat semua kerja. Ofis hour, asyikla menggodek VNA yang baru dapat, berkali-kali buat measurement, penat weh. Calibration pun nak kena repeat. Maklumla, benda baru tak sama dengan yang lama. Patah tumbuh hilang berganti. Kena ulang pulak, ade minor problem berlaku.
Solution : Meminta tunjuk ajar dari sv yang sangat berjasa..[Result : Oh, itu je masalahnya]
Sepah sudah ruang ofis



VNA dan antenna


Lepastu lupa nak buat surat aktiviti nak hantar ke RMC sbb nak claim perjalanan jb-s.alam-jb haritu. Dan lupa lagi beberapa urusan dengan RMC yang dah dipesan berkali-kali oleh sv. Ada lagi, tak terlupa, tapi agak sukar sikit nak selesaikan. Journals. Nak writing ni susah sket nyah…selagi tak mula, memangla azab, kalau dah mula, tolong jangan ngada-ngada nak berhenti sebelum siap, alamatnya tak jadila dia. "Next Monday", sv kata, journals tu kena ada dlm inbox saya. Oh eh..Ni kang, sikit hari lagi mesti nak kena pulun buat template poster untuk INATEX 2010. Itu hujung bulan 7. Ni yang awal bulan 7 punya due date pun belum siap lagi presentation slide AP-S Toronto. Nasib baik conference PIERS tak perlu buat slide.


Malam, kena bertungkus lumus cuba siapkan Journal. Takpela walau hasilnya hanya beberapa potong ayat, orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ni la kalau buat research, benda penting yang asyik diingat2kan, ‘Publications’ . Mesti kena ada. Papers, Journals. Project tu kalau dapat award, lagi la bagusnye..takdela kena fire time viva. Nak nak pulak, UTM dah dapat RU. Ni nak grad, untuk dapat segulung master, kena ade paper dan jugak sekurang-kurangnya satu Journal publish. Hah, mengarang lah kau.


-

6 comments:

Izan said...

Karang C..karang
hehe..

nadia.yusof said...

waaa..... chayuk2.. hak2, aku tumpang tgk je la kesibukan pembikin2 master sekalian ya... hehehe

PiSCesGurLZ said...

Jom karang peta shah alam -jb..ak yg tgk korunk sdap tido dlm kete tu sementara ak cube bepure pure nk tido x dpt..last2 tepakse bebohong nk g rnr ngan alasan nk g toilet sbb x nk kasik korunk tido...harharhar.....tq enchek yg prasan ensem tue jadik driver bertauliah...hohohohohoh

siha said...

E :: alamak, ade short term memory, hilang dah peta! hehe.

dya :: ko tgk sibuk kami se-tu-dent, kami tgk sibuk ko sbg wanita berkarier, kuat keje sampai sakit2...slow sket cik nadia ooiiii..kasi enjoy,hehhee..

lindot :: ala ko mmg dok tahan lama dah nk toi kan..hehe..enchek-perasan-hensem tu bertauliah jugak ek wpun sesambil drive pun ber-sms..hahahaha

sanik said...

haha.. time aku kene measure mane?

siha said...

imagenary :: erkkk..ala camera hp 2MP je kot..tak nmpk la muke hensem ko, len kali lah, kasi bwk d90 la, snap gamba owner haha..