Friday, June 25, 2010

Lunyai....................................................

Penat. penat dan penat. Harini, buat beberapa measurement. Tu pun tengahari baru start. Sempat la amik 6 set data, semua tu untuk 3 sample model, kiranya 2 set data untuk setiap model. Itu baru satu antenna, ada banyak lagi nak buat. Dan tadi baru amik 2 set data setiap model, sepatutnya 5 set data setiap model. Eh, paham tak ni, kalau tak paham pun takpe, hehehe...Nampak macam sikit je 6 set data, penatnya macam orang bekerja 3hari tak henti-henti. Tapi, nak dapatkan satu set data pun memang dah memenatkan, apetah lagi 6 set. Dan apatah lagi sebanyak 210 set data keseluruhannya..ayyoooo...[sambil tepuk dahi].

Lega sikit, sebab sekurang-kurangnya, progress for measurement stage takde masalah dah..tinggal nak bertungkus lumus siapkan semua measurement je lah ni. Weekend pun kena berusaha jugak curi2 masa lepak@berangan tu dengan aktiviti ilmiah ni..apekah???

Apapun, harini aku dah lunyai kepenatan. Sangat. Selera nak makan roti canai petang ni pun tak meluap-luap sangat, mana ntah pergi selera tu, padahal 2 hari lepas beria plan nak pegi makan roti canai petang ni. Mari berehat sebentar, tarik nafas. Okey, dah, jom pergi makan roti canai. Tata.


-

No comments: