Wednesday, December 8, 2010

Hati Bahagia Walau Berduka

Salam Maaj Hijrah buat semua readers.

Ceh, tajuk tak nak kalah. =)


Dah lama tak update apa-apa dalam diarikecilku nih. Bersempena dengan Maal Hijrah, hidup saya (tiba-tiba guna saya) pun banyak berubah. Bukan berubah sikit-sikit, banyak juga kalau dihitung. Boleh diumpamakan seperti pantai yang baru sahaja dilanda tsunami. (gaya bahasa lain macam pulak skemanya, abaikan). Takpelah, saya tetap redha dengan apa sahaja yang dikurniakan.

Tujuan sebenar tulis entry nih sebab saya rindu sangat dengan kawan-kawan saya. Sangat. Semua dah jauh. Tapi, disebabkan dunia tanpa sempadan sekarang nih, dekat je la sebenarnya. Nak FB ke, ym ke, skype ke, tak de masalah pun.

Tengahari tadi dapat email (formal okey pakai email) dari seorang sahabat. Rasanya baru beberapa hari tak contact hehehehe..Panjang jugak email nyer, just update pasal tempat baru, kerja baru, environment baru dan jugak pasal perasaan dia di sana. Menerima perubahan memang agak susah pada permulaan, tapi lama-lama semua pun okey kot. Aku faham ape yang dia rasa sekarang, sbb aku pun sedang lalui benda yang sama jugak. Sepanjang-panjang email dia, berkajang-kajang lagi email yang aku reply kat dia. Dah la guna bahasa seperti ruangan Ya Tuhan dalam majalah mingguan wanita yang segala permasalahan manusia dijawab oleh kaunselor bertauliah. Kalau nak tau macamana gaya bahasa dia, sila beli majalah mingguan wanita. Selain berpura-pura seperti kaunselor yang menjawab masalah client, aku pun tak ketinggalan meng-update pasal aku jugak, ni kira 2-way kaunseling lah kot (nud, ade ke macam ni dlm kaunseling)

Baru je tadi bukak balik email dan tengok ada reply dari dia. Mak aih, tak nak macam 5 helai kertas kajang spm pulak dia balas ek..Takpe..takpee..interesting nih. Dia pun dah terpengaruh dengan gaya lenggang lenggok bahasa kaunselor aku, dan dia pulak bagi kaunseling kat aku (kan dah kata, 2-way counseling hehee..) Jadinye, dari situ la aku terpanggil-panggil nak tulis entry ni. Ada perenggan yang buat aku rasa sangat terharu, baca sambil senyum-senyum sambil air mata bergenang dikelopak mata..(adoiii, datangg dahhhh..datanggg daahhhh...). Bila dah habis baca, aku rasa sangat sangaatt bahagia. Alahai cikF..cikF...anda memang selalu buat saya tersenyum-senyum sendiri lah hehe..*blush*blush*. Walaupun hati saya kadang2 berduka, tapi saya tetap bahagia bila fikir saya ada cikF. Syukur, aku ada sahabat, kawan yang sentiasa bersama-sama susah senang. Jauh, tapi aku tetap rasa dia ade je kat sini.

Keratan nasihat dari kaunselor, cikF
Ah, "tempat jatuh lagi dikenang inikan pula taman bunga tempat bercinta"
(saya tau perumpamaan ini tidak asli tp kire boleh je la)
Saya juga sama cikS saya kerap kali membandingkan kulim dan taman u.
Tp ksn cikS bukankah kita suka akan perubahan. kita suka utk meneroka kawasan baru.
Yang telah di tinggalkan biarkan lah..jadikan kenangan manis utk kita kenang
dan tersyum.Apa yg penting, terokai tempat di mana kita berpijak.
Sesuatu tempat itu natural cikS, kita yg menentukan best atau tidak sesuatu
tmpat tu.
Saya cuba membayangkan cikS bersama2 disini. Menikmati udara petang besama2. Memasak makanan dikala weken dan mkn bersama2 (dapur besar+selesa+berkabinet).
Meneroka kedai2 makan di segenap ceruk. dan dikala weken pula berjalan2 di shoping cmplex di Penang (naik jmbtan penang.auuuwww xpenah lagi).
Mungkin lepak di tepi pantai (xtau la ada pntai ke ta), melawat pekan rabu, dan bukit kayu hitam. Dan jika ada tambhan wang kita ke melawat langkawi! hehehe.Rasa indah tak?bes tak?bes x?
Sama jga mcm cikS, sbenarnya tempat yg cikS diami tu amatlah menarik!
Byk tempat yg cikS boleh tenangkan fikiran, meluahkan keluh kesah,
mendamaikan hati yg gusar..
Cuba lah menghayati apa yg ada di mata, yg jauh usah dikenang..

tatau la berapa kajang telah saya karang..tp saya rasa seronok dapat
berbual2 begini. Meskipun tidak bertemu, tetapik ttp dapt meluahkan rasa senak di hati.
Dengan ayat taknak kalah mcm tengah mengarang SPM kertas Bahasa Melayu, ahakks!
Saya suka!sbb lebih meresap ke dalam kalbu.



Saya pun suka!


p/s: mintak izin publickan nasihat kamu disini ye cikF =)

No comments: