Saturday, October 2, 2010

Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu

Alhamdulillah...Hari ni genap 25tahun hidup di dunia. Syukur, masih bernafas.

Bila time-time macam ni, terus teringat pada mak ayah. Teringat balik macamana mak lahirkan aku dulu. Aku anak sulung, mestila macam-macam perasaan ada kat mak masa nak lahirkan aku dulu kan. Sebab tu la Syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Macam biasa, kalau cerita pasal pengorbanan mak-ayah ni mesti sebak rasa. Macam aku ni memang dari sekolah lagi dok kat asrama, tak tau la aku ni membahagiakan diorg ke tak. Asyik berjauhan je. Sepanjang nak besarkan aku ni, sabar je la diorang. Aku ni dah la manja, mengada-ngada. Banyak kot menyusahkan diorang...


Macamana nak balas jasa mereka,

Wajib dengar cakap, jangan derhaka. Jadi anak yang boleh dibanggakan oleh mereka. Mak-Ayah nak yang terbaik untuk anak mereka, diorang nak anak diorang dapat pendidikan terbaik, pekerjaan terbaik, jodoh terbaik dan dapat melalui hidup dengan baik. Hmm, walau pun ada yang kurang sependapat, kita kena jugak ikut cakap, walaupun kadang-kadang itu boleh kecewakan orang lain. Tapi yang paling penting, kita tak derhaka pada ibu. Kalau kita hormat dan bahagiakan mereka, insyaALLAH bahagialah hidup kita...

Anak-anak sekalian...(chewahhh), nak masuk Syurga kan, jadi patuhlah pada kedua-dua ibubapa kita ye. Walau apa pun terjadi, jangan sekali-kali kecewakan mereka. [peringatan untuk diri sendiri juga]


Mak,ayah; terima kasih kerana lahirkan K.Long ke dunia dan bersusah payah membesarkan dengan penuh kasih sayang.


Ramai yang mendoakan yang baik2 untuk aku harini. Terima kasih semua!! semoga korang juga sama, (mendoakan semula untuk korang!)


Haishhh..xtau la kenapa, setiap kali ulangtahun kelahiran, sentiasa ada rasa sebak. Subhanallah..

No comments: