Wednesday, May 5, 2010

IRON MAN 2

Meloloskan diri dari Johor Bharu seawal pagi hari Jumaat bersama-sama dgn Shikin dan Temp. Mood bercuti = ponteng hari Jumaat. Oh selamba. Ya, hari Jumaat, tak pegi WCC macam biasa. Wahhh terasa hidup hanya untuk bercuti sahaja. I Loike!

Hari Sabtu ada majlis cukur jambul baby girl makcik aku dan jugak majlis pertunangan anak saudara suami makcik aku. Hari Ahad (2 Mei) Majlis perkahwinan Fena & Azril di Wisma MBSA Shah Alam. So, itulah misi holiday weekend aku kali ni.

Sampai Kl Sentral, tengahari. Tunggu die datang amik, lepas tu pegi lunch kat Kg. Baru. Lepas makan, die ajak pegi Low Yatt pulak, nak usha-usha gajet katanya. Ni 1st time aku sampai kat Low Yatt, selalu tak berkesempatan melihat sendiri. Semua ok, cuma agak terkejut bila dapat tau kena bayar RM 1! untuk masuk toilet. Bukan 20sen, bukan 30 sen, bukan 50 sen. Oh Dunia! (Untuk 1st timer macam aku ni, memang terkejut). Mungkin anda-anda semua tak heran kot sebab dah tau dan dah biasa, haishh...

Menjelang petang, bertolak ke Putrajaya - Alamanda. Nak tengok Iron Man 2. Baru aku teringat, harini Iron Man 2 release. Walaupun beli tiket on-the-spot, nasib menyebelahi kami; dapat jugak tengok cerita tu dengan selesa. Sebelum sampai Alamanda tu risau tiket sold out. Tapi dapat tau tiket untuk kol9 malam dan midnight memang dah sold out. So, kami lah penghabis tiket untuk petang tu.hahaha...Owh ye, lupe pulak nak cakap, credict to staffs GSC Alamanda. Korang semua memang BEST!. Layanan 5 Bintang. 2 Thumbs Up. Sentiasa bagi senyuman manis kat customer. Masa nak beli tiket, staff kat counter pun peramah, sabar tunggu kerenah pelanggan macam aku ni yang memang banyak-banyak tanye. Masa nak masuk movie hall pun sama, staff yang jaga kat situ senyum je..siap cakap 'enjoy your movie miss' dengan penuh sopan dan ramah. Alahai..sejuk mata memandang dikala petang-petang ni memang aku dah penat berjalan. Wah, mood baik ah aku petang tu. hehe..





.

2 comments:

Izan said...

'die' tu sape?hehe

siha said...

owh, lupe nk kenalkan. 'die' tu orang ketiga dalam cerita ni ye..hehe