Monday, April 26, 2010

Cadbury Roses

Ada 2-3-4 biji coklat kat meja. Ha ni gara-gara musim orang balik dari obesi la ni kan. Eh tak tak, kat sini je musim ni ada, maklum la, mereka pergi serentak, balik pun serentak, jadi waktu pergi serentak tu, maksudnya, wcc ni sunyi sepi macam tak ada penghuni. Lagi la rasa kosong nye kalau Penjaga a.k.a technician die pun bercuti atau menghadiri kursus BTN yang ter-masuk jugak dalam hari bekerja. Dan bertambah kosong bila student yang sepatutnya dedikasi dan komited, tidak hadir untuk memeriahkan suasana membuat kerja dengan tekun. Woh, panjang gila ayat, terpaksa tahan nafas. hahaha..

Sebenarnya, tengah attach file kat email, masih in progress. Entah kenapa pulak buat hal hari ni padahal selalu nya kalau attach doc file hanyalah sekelip mata sudah selesai..owh, nasib. *Dah la plan nak pulang awal*sigh*. Ada ke patut, bercuti 3minggu tanpa buat kerja, lagi mau balik awal. (di hari pertama berazam ingin mulakan kerja) hanya jasad je datang masuk ofis, tapi tak de ape yang diselesaikan. Konon semangat dibawa bersama antenna-antenna ke UK, haha POYO okey!. Dan bila antenna dah terbang balik bersama coklat Cadbury Roses pun kau masih dengan mood yang sama. Hah, alasan apa lagi mahu kau gunakan sekarang. Oh, insaflah.

Eh, belum siap lagi attach. Aku dah merepek-repek dah ni. Nampaknya kena sambung lagi lah buat kerepek merepek ni.

Weekend haritu, ada Jom Heboh kat Danga Bay, tapi tak pergi pon, malas la saya nak pergi, ramai orang. Macam tu jugak la housemate aku cakap, RAMAI orang katanya. Tiba-tiba aku terfikir, kalau la semua orang ada alasan macam kitorg ni, alamatnya, tak ada sape la yang nk pegi karnival tu kan, kesian...hahaha...

Jadi, sebagai memenuhi masa lapang hari sabtu, aku dgn Farah dah Kak B (hosemate) pegi la ke Giant U Mall. Shopping barang umah sambil aku bergosip dan bercerita dengan Shikin (sambil tolak2 troli okey). Oh, Shikin pun follow aku pergi Giant jugak. Disebabkan kami dah lama tak mengumpat bergosip, jadi, aktiviti shopping aku pon agak ter-batas jugak sebab-hoh-banyak-benda-ko-nak-buat-dalam-satu-masa. Dahla list barang yang nak dibeli tertinggal (macam banyak je nak beli). Agak ter-pukul bila Farah kata, 'Lain kali orang tulis la dalam handset'. Sebagai jawapan, aku kata 'Kite tak de PDA la Farah' haha..okey okey, ni memang kali pertama tulis senarai barang pada kertas. Balik rumah, Kak B offer diri nak masak untuk kami, cayalah...tak payah masak, hehehe...terima kasih daun keladi. Agaknya dia offer sebab tengok aku tak berhenti-henti pot pet pot pet dengan shikin dan farah sejak dari Giant, dalam kereta otw balik umah, dan masuk bilik tukar baju. (banyak sungguh topik. adei).
Apapun, pesanan untuk Shikin, lain kali rajin-rajin la datang umah aku. haha..

Hari ahad, pergi Jusco dengan Farah, dalam hati nak lunch McD double.,konon. Tiba-tiba pelik kenapa susah sangat nak dapat parking, dah berpusing dua-tiga kali, pon harus bersabar lagi untuk dapat kan parking. Akhirnya dapat tau bila ter-jumpa Amir kat McD, die kata ade ape hentah kat aras atas tu ada fashion show ke hape tak tau. Dalam hati, patutla banyak keta, nak parking pon macam sial susah.

Nama je rumah dekat dengan Giant, Jusco, tapi memang jarang-jarang sekali pergi. Dulu selalu pergi Jusco, tapi sekarang tidak seperti dulu lagi.Malas nak pergi Jusco sebab sekarang ada Autopay parking, dulu masuk-keluar free je, senang, tak perlu pergi amik tiket parking segala.



Owh, aku dah give up nak attach file berkali-kali. Lain kali kalau mood datang, baru email.

No comments: