Tuesday, December 14, 2010

Pusat Tahfiz Amal?

Cerita 2 minggu lepas. 1 Dec, aku tengah makan dekat Thai Express dekat The Curve dgn en.koy. Tengah kitorg tunggu pesanan makanan sampai, meja ktorg didatangi oleh sorang budak, tak sure la berapa umur dia. Bila tengok muka dia, ok aku terkejut sebab budak tu baru je minta derma kat aku 2 hari lepas. Tapi puas aku fikir balik kat mana aku jumpe dia, sampai sekarang aku tak ingat. Memang aku 100% sure 2 hari lepas dia minta derma dekat aku. Masa tu pulak, aku tengah penat2 jadi jujur aku cakap aku tak bagi derma kat dia, sebab, dia mintak derma fix RM10, so aku rasa macam kalau tak ikhlas, kalau dok buruk2 sangka baik aku tak payah derma, lagipun time tu aku tengah rushing.

So berbalik pada cerita awal tadi. Terdetik dlm hati aku ni, 'eh, budak ni sampai kesini dia minta derma'. Masa dia cakap nak minta derma tu, sama je skrip dia setiap kali dan dia tak pandang pun muka kita, dia pandang tempat lain. Nak pendekkan cerita, en.koy pun hulur la RM10, then dapatla resit. en.koy cakap selalunya dia tak bagi kalau minta derma dengan jumlah tertentu, tapi sebab macam kesian pulak, tu yang bagi je dekat dia. Aku cerita kat dia, aku dah jumpa budak ni 2hari lepas.

Pusat Tahfiz Amal
KM17, Jln Yan Kuala Kedah, Mkm. Kangkong 06600
Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7647640



Masa kitorg tgh makan, budak tu datang lagi tapi kat meja belakang aku. en.koy nampak la sebab die dok depan aku. Mula-mula aku buat tak tau je, tapi bila panjang je perbualan tu aku macam pelik jugak. Aku tak tau la lelaki kat meja belakang aku tu bagi ke tak derma. Tapi lepas tu budak tu terus je pergi kat dalam restoren TGI Friday yang kat depan sana. Aku nampak, dia minta derma kat situ pulak, lepas tu aku tengok budak tu macam dah pelik. Dia macam tengah sakit. Aku rasa dia ada lelah. Tetiba je aku rasa risau., sebak pun ada. Bila fikir, apa la nasib budak tu, dah makan ke belum. Tiba-tiba aku nampak ada lelaki berlari-lari kat dia, rupanya tu lelaki yang makan kat belakang meja aku tadi, tak tau la dia nak buat apa, tapi dia macam nak tolong budak tu. Hah, ni dah kontroversi ni, hehehe..tapi yang penting aku rasa nak tau sangat pasal budak ni. Aku call no phone kat resit tu, tak dapat pulak, divert. Lelaki yang tadi tu datang balik, aku pun pasang la telinga, sebab dia cerita kat awek dia pasal budak tu. Yang aku dengar, dorang dok cerita, budak tu tak nak cakap apa-apa, dia takot...Tu je yang aku dengar.

Then, masa kitorg dah nak abes makan tu, budak tu datang lagi, dia pegi kat satu meja yang family baru duduk nak makan. Meja tu pun belah2 belakang aku jugak, so aku tak nampak sangat. Aku tanya en.koy., orang tu bagi derma tak, dia kata tak. Masa budak tu lalu kat meja belakang aku tu, lelaki tadi dengan awek dia tu tegur la budak tu, tanye dah makan ke belum.,makan dulu la. Then budak tu kata, "Ustaz kata, kalau tengah lelah jangan makan apa-apa".

Waaa aku tak tau la diorang ni pusat tahfiz apa. Diorang lagi faham kot pasal hukum-hukum ni. Tapi kalo betul nak mintak derma, banyak lagi cara yang lebih elok kot, tanpa suruh budak2 tu sendiri mintak derma. Resit tu printed sign, jadi kita tak tau ni betol ke tak. Tuan Pengetua Pusat Tahfiz Amal, harap anda dapat jawab semua kekeliruan.

Hmm memang nak tau sangat pasal budak tu. Since aku dah 2kali jumpe dia. Aku cakap kat en.koy, macamana kita nak tolong dia ek..Lepastu cepat2 aku cadangkan nak follow budak tu. Memang tak dapat la, dia dah blah, kitorg pulak belum bayar bil makan lagi. Tapi aku nekad kalau aku jumpe lagi budak yang sama, aku nak tanye semua-semua yang aku nak tanye. Kalau dia asyik dok cakap ustaz ustaz je, aku cakap je nak jumpa ustaz dia dulu, baru cerita pasal derma.

Mungkin korang boleh baca lagi pasal ni kat blog ni dan kat sini.

Wednesday, December 8, 2010

Hati Bahagia Walau Berduka

Salam Maaj Hijrah buat semua readers.

Ceh, tajuk tak nak kalah. =)


Dah lama tak update apa-apa dalam diarikecilku nih. Bersempena dengan Maal Hijrah, hidup saya (tiba-tiba guna saya) pun banyak berubah. Bukan berubah sikit-sikit, banyak juga kalau dihitung. Boleh diumpamakan seperti pantai yang baru sahaja dilanda tsunami. (gaya bahasa lain macam pulak skemanya, abaikan). Takpelah, saya tetap redha dengan apa sahaja yang dikurniakan.

Tujuan sebenar tulis entry nih sebab saya rindu sangat dengan kawan-kawan saya. Sangat. Semua dah jauh. Tapi, disebabkan dunia tanpa sempadan sekarang nih, dekat je la sebenarnya. Nak FB ke, ym ke, skype ke, tak de masalah pun.

Tengahari tadi dapat email (formal okey pakai email) dari seorang sahabat. Rasanya baru beberapa hari tak contact hehehehe..Panjang jugak email nyer, just update pasal tempat baru, kerja baru, environment baru dan jugak pasal perasaan dia di sana. Menerima perubahan memang agak susah pada permulaan, tapi lama-lama semua pun okey kot. Aku faham ape yang dia rasa sekarang, sbb aku pun sedang lalui benda yang sama jugak. Sepanjang-panjang email dia, berkajang-kajang lagi email yang aku reply kat dia. Dah la guna bahasa seperti ruangan Ya Tuhan dalam majalah mingguan wanita yang segala permasalahan manusia dijawab oleh kaunselor bertauliah. Kalau nak tau macamana gaya bahasa dia, sila beli majalah mingguan wanita. Selain berpura-pura seperti kaunselor yang menjawab masalah client, aku pun tak ketinggalan meng-update pasal aku jugak, ni kira 2-way kaunseling lah kot (nud, ade ke macam ni dlm kaunseling)

Baru je tadi bukak balik email dan tengok ada reply dari dia. Mak aih, tak nak macam 5 helai kertas kajang spm pulak dia balas ek..Takpe..takpee..interesting nih. Dia pun dah terpengaruh dengan gaya lenggang lenggok bahasa kaunselor aku, dan dia pulak bagi kaunseling kat aku (kan dah kata, 2-way counseling hehee..) Jadinye, dari situ la aku terpanggil-panggil nak tulis entry ni. Ada perenggan yang buat aku rasa sangat terharu, baca sambil senyum-senyum sambil air mata bergenang dikelopak mata..(adoiii, datangg dahhhh..datanggg daahhhh...). Bila dah habis baca, aku rasa sangat sangaatt bahagia. Alahai cikF..cikF...anda memang selalu buat saya tersenyum-senyum sendiri lah hehe..*blush*blush*. Walaupun hati saya kadang2 berduka, tapi saya tetap bahagia bila fikir saya ada cikF. Syukur, aku ada sahabat, kawan yang sentiasa bersama-sama susah senang. Jauh, tapi aku tetap rasa dia ade je kat sini.

Keratan nasihat dari kaunselor, cikF
Ah, "tempat jatuh lagi dikenang inikan pula taman bunga tempat bercinta"
(saya tau perumpamaan ini tidak asli tp kire boleh je la)
Saya juga sama cikS saya kerap kali membandingkan kulim dan taman u.
Tp ksn cikS bukankah kita suka akan perubahan. kita suka utk meneroka kawasan baru.
Yang telah di tinggalkan biarkan lah..jadikan kenangan manis utk kita kenang
dan tersyum.Apa yg penting, terokai tempat di mana kita berpijak.
Sesuatu tempat itu natural cikS, kita yg menentukan best atau tidak sesuatu
tmpat tu.
Saya cuba membayangkan cikS bersama2 disini. Menikmati udara petang besama2. Memasak makanan dikala weken dan mkn bersama2 (dapur besar+selesa+berkabinet).
Meneroka kedai2 makan di segenap ceruk. dan dikala weken pula berjalan2 di shoping cmplex di Penang (naik jmbtan penang.auuuwww xpenah lagi).
Mungkin lepak di tepi pantai (xtau la ada pntai ke ta), melawat pekan rabu, dan bukit kayu hitam. Dan jika ada tambhan wang kita ke melawat langkawi! hehehe.Rasa indah tak?bes tak?bes x?
Sama jga mcm cikS, sbenarnya tempat yg cikS diami tu amatlah menarik!
Byk tempat yg cikS boleh tenangkan fikiran, meluahkan keluh kesah,
mendamaikan hati yg gusar..
Cuba lah menghayati apa yg ada di mata, yg jauh usah dikenang..

tatau la berapa kajang telah saya karang..tp saya rasa seronok dapat
berbual2 begini. Meskipun tidak bertemu, tetapik ttp dapt meluahkan rasa senak di hati.
Dengan ayat taknak kalah mcm tengah mengarang SPM kertas Bahasa Melayu, ahakks!
Saya suka!sbb lebih meresap ke dalam kalbu.



Saya pun suka!


p/s: mintak izin publickan nasihat kamu disini ye cikF =)

Thursday, December 2, 2010

Thanks a lot Friends...

for being there for me.

Semoga korang semua ber-bahagia dunia akhirat.



Amin..