Monday, October 25, 2010

Jangan Kau Pergi

Errr..rasanya ni lagu baru kot..eh, betol ke..ke aku yang tak tau haha..Tapi aku rasa betol la tu, kat bilik radio 24/7 tak berhenti celoteh menjadi teman aku. Channel pun malas nak tukar-tukar sebab letak radio kat atas almari, haha..2-3 hari ni asyik dok dengar lagu ni je kat Hotfm. Selalunya waktu malam la, after 12. Layannn je lah...=)



JANGAN KAU PERGI

Friday, October 22, 2010

They left me...

Yep, they left me.

Sorang dah pergi UK
Sorang dah pergi errr...somewhere?
Sorang lagi nak pergi dah bulan depan, (ala xpyh tgu bulan depan, abes bulan ni je)
Sorang lagi akan pergi jugak hujung tahun ni..

aku?..

tak kemana..



semua kesayangan-kesayangan dah tinggalkan aku.

Wednesday, October 20, 2010

Virus..kot..

Jangan risau, hanye tulisan merepek2, tiada kaitan dengan apa-apa jua keadaan..=)

Pagi hujan. Dah lama tak hujan macamni...sejak 2-3 hari ni johor jerebu, mendung semacam...je, tapi harini macam ceria sikit, seperti hujan rahmat.

Virus..memang orang tak suka, kalo boleh nk elak elak elak lah..hehe..ye, macam virus lah tu. Eeeiii jijis lah dengan virus-virus nih, hahahha..lariiii lariiiiii..


Owh, tetiba teringat. Just nak share, ALLAH dah makbulkan salah satu doa aku. Hmm, rasanya itu yang aku nak, tapi kenapa aku macam tak gembira ek,..Takpelah, apapun, alhamdulillah..doa telah dimakbulkan. Syukur.. 'InsyaALLAH..dengan izin ALLAH'

Hmm..manusia berubah, kan. 'As the time goes by, people do change., right.' But, its ok. Dah jumpe 1 lagi ragam makhluk2 dunia. Ok, inilah dunia!
Memang susah nak terima perubahan kan, tapi lama-lama mesti boleh get used to it punyalah!
(Oh! tiba-tiba bersemangat waja!)

Berusahalah!!!


Semoga kita kita semua berbahagia dunia akhirat oyeahh..!!

Tuesday, October 19, 2010

Aku Dia & Kamu

20102010
Okey, harini mood seperti mood lagu ni. Tak perlu cakap panjang-panjang. i've lost my words. (ok, half of me is taking over).


Monday, October 11, 2010

Tuesday, October 5, 2010

Ilmu : Petua Awet Muda

Sumber : http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/897-petua-awet-muda.html


Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Saturday, October 2, 2010

Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu

Alhamdulillah...Hari ni genap 25tahun hidup di dunia. Syukur, masih bernafas.

Bila time-time macam ni, terus teringat pada mak ayah. Teringat balik macamana mak lahirkan aku dulu. Aku anak sulung, mestila macam-macam perasaan ada kat mak masa nak lahirkan aku dulu kan. Sebab tu la Syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Macam biasa, kalau cerita pasal pengorbanan mak-ayah ni mesti sebak rasa. Macam aku ni memang dari sekolah lagi dok kat asrama, tak tau la aku ni membahagiakan diorg ke tak. Asyik berjauhan je. Sepanjang nak besarkan aku ni, sabar je la diorang. Aku ni dah la manja, mengada-ngada. Banyak kot menyusahkan diorang...


Macamana nak balas jasa mereka,

Wajib dengar cakap, jangan derhaka. Jadi anak yang boleh dibanggakan oleh mereka. Mak-Ayah nak yang terbaik untuk anak mereka, diorang nak anak diorang dapat pendidikan terbaik, pekerjaan terbaik, jodoh terbaik dan dapat melalui hidup dengan baik. Hmm, walau pun ada yang kurang sependapat, kita kena jugak ikut cakap, walaupun kadang-kadang itu boleh kecewakan orang lain. Tapi yang paling penting, kita tak derhaka pada ibu. Kalau kita hormat dan bahagiakan mereka, insyaALLAH bahagialah hidup kita...

Anak-anak sekalian...(chewahhh), nak masuk Syurga kan, jadi patuhlah pada kedua-dua ibubapa kita ye. Walau apa pun terjadi, jangan sekali-kali kecewakan mereka. [peringatan untuk diri sendiri juga]


Mak,ayah; terima kasih kerana lahirkan K.Long ke dunia dan bersusah payah membesarkan dengan penuh kasih sayang.


Ramai yang mendoakan yang baik2 untuk aku harini. Terima kasih semua!! semoga korang juga sama, (mendoakan semula untuk korang!)


Haishhh..xtau la kenapa, setiap kali ulangtahun kelahiran, sentiasa ada rasa sebak. Subhanallah..