Thursday, July 29, 2010

Berita @ Perkhabaran

Pagi ni cuaca lain macam sikit. Langit mendung je, gelap. Guruh-gurh manja pun ada jugak menyanyi-nyanyi dipagi hari ni.

Seawal pagi bangun, tengok handset ada mesej perkhabaran kelahiran baby. Mesej dari Sarip. Tak sure lah pukul berapa, waktu bangun tu mamai-mamai baca, terus ter-delete. Pulak. Nasib baik faham apa mesej yang nak disampaikan tu. Tahniah kepada Kak Tini dan Sarip. Dua minggu lepas kot, Cik Puan Syieda pun baru dapat baby jugak. Baby girl nama Ariesya Sofea. Wah wah..macam nama penulis novel pulak ek..hehe..apa pun tahniah untuk kalian ye.

Lepas Subuh, tengah syok landing-landing kat katil tu sambil dengar Hot chat HotFm, topik hari ni 'Kelam Kabut'. Kelakar jugak kalau dengar cerita-cerita pendengar yang telefon tu. Dalam pukul 8.45am macamtu kot, ada orang call, no telefon je takde nama, mula-mula aku tak ingat sape. Rupa-rupanya Zul dari SIRIM. Pelik jugak, kenapa tiba-tiba telefon pagi-pagi ni, lagipun dah lama tak contact sejak habis praktikal dulu. Dia telefon sebab nak menyampaikan berita anak Kak Sa'adiah dah meninggal. Innalillah...Terkejut jugak aku masa dengar tu. 3 tahun lepas, masa tengah praktikal kat SIRIM, aku, Hanis dan staff lab AVE pernah pergi melawat anak Kak Sa'adiah kat hospital. Aku dah lupa masa tu anak dia sakit apa. Lepas beberapa hari, anak dia dah boleh keluar hospital. Tak sangka pulak lepas 3tahun, tiba masa dia kembali pada-Nya. Oh ye, Kak Sa'adiah ni senior technician Lab AVE (Audio/Video & Electronics).
Zul suruh aku bagitau Hanis berita ni, sebab Hanis memang kat Shah Alam sekarang, boleh la pergi melawat. Aku telefon Hanis, bagitau dia. Terpaksa la kacau orang pagi-pagi ni. Memandangkan aku kat Johor, aku mintak Hanis sampaikan salam takzim aku kat Kak Sa'adiah nanti.

Dua berita yang berbeza dalam satu hari je. Baru je dapat berita kelahiran orang baru, lepastu dapat pulak berita kematian. Ada yang baru dilahirkan ke dunia, ada yang kembali kepada Pemilik yang kekal. Hmm muhasabah diri kejap aku waktu tu. Janji DIA. Semua pun tahu. Tapi kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan Dunia, sampai kita lupa soal Qada' dan Qadar - soal hidup dan mati, soal jodoh dan pertemuan, soal rezeki dan semua-semua yang terkandung dalam Qada' dan Qadar. Sebabtu la kita asyik mengeluh je, padahal itu semua dah ditentukan. Alhamdulillah, syukur aku masih hidup hari ini. Sempat lagi nak bertaubat dan nak tambahkan ibadah. Kita tak tau apa akan jadi esok, samada kita hidup atau mati.




Tengah bersiap-siap nak pergi WCC, ada missed call dari Sya. Bila aku call balik, rupa-rupanya aku lupa pagi ni ada talk dari professor pelawat kat P16. Sya kata pukul 9.30, jam aku sekarang pukul 9.30. Memang langsung tak ingatlah harini ada talk tu. Melenggang kangkung je tadi aku bersiap ingatkan takde ape-ape harini. Hah, aku pulak yang kelam kabut harini. Dalam hujan tu terpaksala aku memecut ke WCC, nasib baik jarak dari rumah ke WCC 3km je. Fuhhh.

Tuesday, July 27, 2010

Apa cerita

Woot wooot.. 'Apa Crita' hahahahahaha..


Okey, kini bersiaran langsung dengan khidmat WifiUTM yang nyawa-nyawa ikan hidup segan mati tak mau dari K9 @ hotel penginapan gue no 2.

Dah genap 3hari check in hotel ni gara-gara tak nak stay kat rumah sendiri. Wawawawawa...memang tak leh blah kalo cakap pasal ni, aku tension tahap level ke berapa entah dah ni. Kalau dah housemate bawak husbad balik rumah sewa anak dara, lepastu buat pulak macam rumah sendiri, dah la sepatah haram tak de der nak inform ke mintak izin ke hape ke. Sumpah aku tension woh. Gilak pa. Okey2 tak perlu emo elmo banyak-banyak bisa bikin mood melayang.

Siang tadi baru lepas present project research kat profesor pelawat dari UK. Terasa ringan beban ditanggung. Kepala sakit-sakit sudah sebab asyik tidur lambat. Tak pulak aku tau kenapa susah benor nak tidur awal sekarang. Oh, bukan sebab hotel kat sini tak cukup mewah. Masalah susah tidur ni dah datang sejak minggu lepas lagi.

Banyak juga dugaan melanda. Semalam langgar divider. Harini pulak lupa tutup lampu kereta selama 2jam. Akibatnya, tak boleh nak start sudah. Hah, cuak cuak..Nasib menyebelahi, mujur FJ ada berdekatan dengan siaran. Syukur SANGAT. Masih ingat kisah Mak Tiri? Ya, kali ni tragedy terjadi ditempat yang sama di bawah parking lot yang sama dan tidak lupa juga Mak Tiri datang/kebetulan lalu ditempat kejadian. Apekah? Beliau tidak lupe membawa ayat keramatnya itu. ‘Kalau tak awak kena saman straight away’. Apa tidaknya, kali ni pakej bawa masuk lelaki ke kolej perempuan dan include sekali menggunakan parking lot keagungan beliau tu.

Atas jasa dan tahap konfiden yang tinggi FJ, masalah dapat diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah..Berpeluh-peluh jugak FJ, hehe..Kena tukar-tukar bateri kereta pulak. Mak ai, makan budi betol ni. Bersalah pulak rasa sebab terpaksa menyusahkan dia. Nampaknya lepas ni aku tak boleh dah la nak debate, tikam lidah, kritik dan mempertikaikan pendapat dia. Selalunya aku main belasah je berdebat dengan dia.

Semenjak dua menjak dan ber-menjak-menjak kebelakangan ni aku tak tau kemana kepala hotak aku melayang. Kalau cik nadia berpesan dalam entry beliau 'fikiran jangan melayang' aku boleh kot masuk kategori tu. Masa aku ter-langgar divider semalam, kepala layannn sangat kot dengan lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali. Memangla weh, kalau dah lagu tu memang masuk dalam jiwa, siap terasa jantung aku disiat-siat sekali mana tak hilang dan sesat dalam dunia aku sendiri.


Semalam lawatan Sultan ke WCC. Persiapan bukan main lama nak transform ex-bilik pejabat am kepada 'Monitoring Room' yang canggih gila wa cakap lu. Lawatannya kejap je. Standard lah tu kan hehe..

Ow, kali ni tak de gamba. Otak sudah mereng. Babai.





p/s : wondering, apa pula akan terjadi esok hari.

Tuesday, July 20, 2010

Terengganu..After great 8 years



Semangat berkobar-kobar dalam diri nak plot data untuk siapkan graf measurement, sebab nak siapkan poster pameran sempena lawatan Sultan. Malangnya sedikit demi sedikit semangat tu gugur satu persatu setelah bukak laptop dan tengok data tu tiada, rupa-rupanya data masih lagi dalam memory card dalam VNA dan belum transfer. Wah, pandai sungguh kamu ni Siha. Esok sempat ke, harus pergi awal ke WCC esok, lupakan jadual masuk ofis pukul 10 kau tu ye.

Arakian, sebab dah alang-alang bukak laptop ni, mula la aktiviti kurang berilmiah berlaku. Kalo biarkan aku lama-lama tanpa arah tujuan takde benda nak buat, alamatnya nanti sesatlah aku dalam dunia aku sendiri. Untuk mengelakkan kesesatan terjadi, apa kata kita layan cerita lepak heaven Terengganu. Serius heaven! Apa la yang best sangat tu kan, hahaha..


Okey, setelah hampir 8 tahun berlalu…(padahal selalu je jejak bumi Terengganu setiap kali balik kampung) aku kembali semula ke negeri yang bersebelahan je dengan negeri asal usul aku. Ye, dulu aku sekolah kat Kuala Terengganu selama 2 tahun. Menjadi warga sementara di situ. 2-3 hari sebelum bertolak, tiba-tiba rasa rindu kat sekolah lama, teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu, bestnya..haiishh manala semua kawan-kawan sekolah dulu ye. Pergi kelas, balik kelas, beratur kat dewan selera, pergi prep, ponteng prep-menyorok bawah katil bila warden check dorm, haha…Pergi riadah, untung sebab sekolah ada swimming pool, jadi waktu riadah petang dapatlah pergi swimming-siap cramp kaki dalam pool sambil terjerit-jerit, huh bikin malu je haha. Oh, suddah terlalu lama tidak swimming. Waktu sekolah tu, ada yang fikir aku ni berasal dari Terengganu, hahaha..apa-apa la kawan. Memang waktu tu aku banyak main dari belajar agaknya, tak belajar betul-betul, rugi sungguh. Patutla SPM kantoi,hahaha. Owh ye, dulu kami berjalan kaki saja ke pantai untuk aktiviti perkhemahan sekolah sebab sekolah memang dekat dengan pantai. Petang-petang, angin pantai memang sampai la ke asrama. Kat sebelah sekolah pulak ada maktab perguruan. Tiap-tiap pagi ketika kami berkumpul kat perhimpunan, mesti terdengar lagu guru Malaysia berkumandang dari pagar sebelah.

8 tahun lepas


Wah, lain rasanya kan, kalau dulu berjalan-jalan outing dalam bandar dengan status budak sekolah/budak asrama, tapi sekarang kira sebagai pelancong jugak lah ye, hehe..Apa tidaknya, kalau dah trip kali ni bersama-sama dengan mereka yang bukanlah pernah/selalu ke negeri keropok lekor ni. Aku pun tumpang join jakun sekali. Dulu pergi outing pun setakat ke Pustaka Sri Intan, Mydin, Pasar Payang dengan berpakaian beragam rasmi sekolah untuk outing. Shopping pun barang-barang keperluan student je la, stationaries. Kali ni pulak, berpusing-pusing kat Pasar Payang cari keropok ikan, keropok segera, pencicah keropok, hah tak macam mak nenek ke gitu haha..



Pusing-pusing pasar payang

Haritu plan nak bertolak pukul 4 pagi hari Jumaat, dan aku memang tak tidur la malam tu (bukan sebab terlalu excited ok). Kemas-kemas bilik sikit, balut hadiah kawen untuk housemate, sedar-sedar je dah pukul 2 pagi. Siang tadi dah fikir, kalo nak gerak pukul 4, kena la bangun pukul 3 nak mandi, bersiap dan pergi ambil ahli rombongan. Akhirnya, tak sempat nak tidur pun, nasib baikla bukan aku yang drive..credict to FJ. On the way tu memang mereng la kepala hotak aku ni, kejap jaga kejap tidur. Kalau jaga pun bukan betol sangat dah. Sekarang baru aku terfikir, kesian kat mereka-mereka dalam kereta tu kalau aku jaga, aku pun tak tau kenapa haha..kalau aku tidur,amanla sikit kot diorang.


Sepanjang kat sana, memang best!, aku la rasa sangat best. Entah, rasa BEST sangat, rasa happy giler, sampai aku lupe semua kerja, tension gundah gulana pun semua hilang. Berjalan-jalan,lepak,makan je kerjanya, penginapan pun 6 bintang (kasi up sikit). Tuan rumah sangat la peramah dan baik hati, seronok dapat jumpa mak sya, kakak ipar sya, adik sya. Terima kasih daun keladi untuk tuan rumah kerana mengalu-alukan kedatangan kami terutama sekali Sya yang sudi menjemput dan men-support hehe..Mak sya suka bercerita, aku pahamla apa yang dia cerita, tapi kesian la dekat minah yang pertama kali sampai ke Terengganu tu, memang blur jugak dia, hahahhahahahaha…kesian ko Linda. Farah ok sikit la dari Linda. Aku dengan Pah memang boleh layan borak la. Seronok juga dapat menyibuk-nyibuk dalam majlis sya dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Wohhh panjang gilos dah ni, kita biarkan gambar pula bercerita.






Ketibaan kami ahli rombongan


Masjid Kristal



Panas woh, tetap nak ber-camwhore



Pantai Chendering




Sarapan : Nasi Dagang, (bekalan tenaga untuk bershopping di Pasar Payang)





The pink day!! hehe..


Kak Lin (in purple) @ kakak ipar Sya

Okey, 3, 2, 1 action!! (the drama begin)




Kami dan mereka

Pantai Batu Burok




Drama Queen lagi!











Ehem-ehem...Pah, i nak jugak letak gamba ni, izinkan ye..hehe..

















Hah!, sabar-sabar.. bapak banyak giler, tolong tolong tolong jangan termuntah disini ye kawan-kawan..hoho..Oh, ada lagi sikit, gambar scandal of the trip muahahahaha (gelak lanun). Terjah! Layannnzzzzzz...






p/s : Sya, mintak izin letak gambar majlis anda disini ye. Kalau tak izinkan pun kena izinkan jugak. Tolong jangan sumpah aku jadi batu Pantai Cendering, *ampun*