Tuesday, April 27, 2010

Uhuh..

Tak selesa sungguh, tak tau kenapa hari ni tiba-tiba selsema. Pagi, tak rasa sgt, bila dah kat wcc, makin menjadi-jadi, asyik bersin. Sampai bawak tisu sekotak masuk dalam ofis. Pelik, kenapa tiba-tiba diserang sakit, memang pelik..

Monday, April 26, 2010

Cadbury Roses

Ada 2-3-4 biji coklat kat meja. Ha ni gara-gara musim orang balik dari obesi la ni kan. Eh tak tak, kat sini je musim ni ada, maklum la, mereka pergi serentak, balik pun serentak, jadi waktu pergi serentak tu, maksudnya, wcc ni sunyi sepi macam tak ada penghuni. Lagi la rasa kosong nye kalau Penjaga a.k.a technician die pun bercuti atau menghadiri kursus BTN yang ter-masuk jugak dalam hari bekerja. Dan bertambah kosong bila student yang sepatutnya dedikasi dan komited, tidak hadir untuk memeriahkan suasana membuat kerja dengan tekun. Woh, panjang gila ayat, terpaksa tahan nafas. hahaha..

Sebenarnya, tengah attach file kat email, masih in progress. Entah kenapa pulak buat hal hari ni padahal selalu nya kalau attach doc file hanyalah sekelip mata sudah selesai..owh, nasib. *Dah la plan nak pulang awal*sigh*. Ada ke patut, bercuti 3minggu tanpa buat kerja, lagi mau balik awal. (di hari pertama berazam ingin mulakan kerja) hanya jasad je datang masuk ofis, tapi tak de ape yang diselesaikan. Konon semangat dibawa bersama antenna-antenna ke UK, haha POYO okey!. Dan bila antenna dah terbang balik bersama coklat Cadbury Roses pun kau masih dengan mood yang sama. Hah, alasan apa lagi mahu kau gunakan sekarang. Oh, insaflah.

Eh, belum siap lagi attach. Aku dah merepek-repek dah ni. Nampaknya kena sambung lagi lah buat kerepek merepek ni.

Weekend haritu, ada Jom Heboh kat Danga Bay, tapi tak pergi pon, malas la saya nak pergi, ramai orang. Macam tu jugak la housemate aku cakap, RAMAI orang katanya. Tiba-tiba aku terfikir, kalau la semua orang ada alasan macam kitorg ni, alamatnya, tak ada sape la yang nk pegi karnival tu kan, kesian...hahaha...

Jadi, sebagai memenuhi masa lapang hari sabtu, aku dgn Farah dah Kak B (hosemate) pegi la ke Giant U Mall. Shopping barang umah sambil aku bergosip dan bercerita dengan Shikin (sambil tolak2 troli okey). Oh, Shikin pun follow aku pergi Giant jugak. Disebabkan kami dah lama tak mengumpat bergosip, jadi, aktiviti shopping aku pon agak ter-batas jugak sebab-hoh-banyak-benda-ko-nak-buat-dalam-satu-masa. Dahla list barang yang nak dibeli tertinggal (macam banyak je nak beli). Agak ter-pukul bila Farah kata, 'Lain kali orang tulis la dalam handset'. Sebagai jawapan, aku kata 'Kite tak de PDA la Farah' haha..okey okey, ni memang kali pertama tulis senarai barang pada kertas. Balik rumah, Kak B offer diri nak masak untuk kami, cayalah...tak payah masak, hehehe...terima kasih daun keladi. Agaknya dia offer sebab tengok aku tak berhenti-henti pot pet pot pet dengan shikin dan farah sejak dari Giant, dalam kereta otw balik umah, dan masuk bilik tukar baju. (banyak sungguh topik. adei).
Apapun, pesanan untuk Shikin, lain kali rajin-rajin la datang umah aku. haha..

Hari ahad, pergi Jusco dengan Farah, dalam hati nak lunch McD double.,konon. Tiba-tiba pelik kenapa susah sangat nak dapat parking, dah berpusing dua-tiga kali, pon harus bersabar lagi untuk dapat kan parking. Akhirnya dapat tau bila ter-jumpa Amir kat McD, die kata ade ape hentah kat aras atas tu ada fashion show ke hape tak tau. Dalam hati, patutla banyak keta, nak parking pon macam sial susah.

Nama je rumah dekat dengan Giant, Jusco, tapi memang jarang-jarang sekali pergi. Dulu selalu pergi Jusco, tapi sekarang tidak seperti dulu lagi.Malas nak pergi Jusco sebab sekarang ada Autopay parking, dulu masuk-keluar free je, senang, tak perlu pergi amik tiket parking segala.



Owh, aku dah give up nak attach file berkali-kali. Lain kali kalau mood datang, baru email.

Tuesday, April 20, 2010

Just for Sharing...

Artikel ni dari seorang kawan, panjang pulak masa baca tu, jadi, share kat blog ni jugakla, =) [alasan malas nk menulis la tu, haha..]


CINTA TAK MEMINTA...



Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.


Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,”


Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.

Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan
seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:

aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.

Tapi apabila kamu coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.


Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat –Hamka


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti
bagimu.

Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.


Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.


Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.

Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.


Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.

Inilah dasyatnya cinta !


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.


Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.


Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.

Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.


Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


CINTA

Ketika cinta memanggilku, maka aku akan melewatinya walau jalannya terjal berliku, jika cinta
memelukku akan kudekap engkau walau pedang di sela-sela sayapnya melukaiku.

Aku hanya ingin menyentuh tangan keabadian karena Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia karena cinta itu membangkitkan semangat hidup-hidup ku dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.


Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan
menyatukan kita dalam kehidupan yang akan dating, dan atas nama cinta aku bersumpah hanya akan menyanjung cinta dan mencintaimu.

Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad. terbalut dalam kerendahan hati walaupunharus bersembunyi dan bergerak dalam kegelapan aku takkan lari demi cinta.


Pertama aku mencintai kau yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang
belum dilahirkan. Aku hanya mencintaimu kekasihku, walaupun aku tak tahu ini adalah takdir.

Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan cintaku atasmu.

Suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.


Aku mencintaimu kekasihku. Keindahan adalah cintaku kan ku buka tabir penutup wajah, dan kau adalah kehidupanku itu, kau cadar itu.

Kau adalah keindahan keabadian yang termangu di depan cermin, dan kau adalah keabadian itu, kaulah cermin itu.


Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar tuk menuju bahtera cinta yang abadi


Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.


Aku hanya ingin bahagia,

Kekasihku karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan, apa yang telah kucintai laksana bunga-bunga indah... dan apa yang kucintai kini... akan kucintai sampai akhir hidupku, karena kau ialah semua yang dapat kucapai... dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya.


Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.


Seorang wanita yang telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga untuk ku cintai, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa aku fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa aku sentuh dengan kebajikan.


Tuhan telah menyalakan obor dalam hatiku yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan, sungguh berdosa jika aku memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.


Kekuatan cintaku adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepadaku, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.


Aku tidak dapat menuai cinta sampai ku merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.


Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu, kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata, "Aku cinta kamu." Aku hanya ingin kau mencintai dirimu dalam diriku.


Sejatinya Cinta baik dibumi maupun dilangit adala karunia Illahi semata, waspadalah terhadap cinta !,


cinta akan memakan hati seperti api memakan kayu.


Apakah aku akan menemukan cinta ? sedangkan ujian belum aku tempuh. Apa yang aku simpan untuk diriku akan lenyap, dan apa yang aku berikan kepada yang lain akan aku miliki selamanya.







Ya Allah….. dimana lagikah dapat kutemui Cinta Sejati kecuali pada cinta-Mu, kemana lagikah hati ini harus berlabuh kecuali pada kasih-Mu, jadikanlah hati yang lemah ini hanya tertambat kukuh hanya pada-Mu.


Didalam seribu mimpiku yang bertabur sepi yang mengantar kepada-Mu, aku hanya ingin ampunan dan terangilah jalanku.


Meski didunia ini tiada yang sempurna, aku hanya memohon dalam taubatku untuk diterangi jalanku.


Ku persembahkan semuanya hanya kepada-Mu, dalam jalanku yang rapuh membuka mata hati
mungkin aku telah lupa dalam lelah dan resah kuteteskan air mata kubersujud kepada-Mu.


Kuserahkan semua cintaku yang tak setia dan tak sempurna ini hanya kepada-Mu. Aku hanya mohon ridho atas segenap keputusan-Mu, kesejukan setelah matiku, kenikmatan untuk memandang cinta dan kerinduan terhadap cinta.


Ampunilah diri yang tak berharga ini ya Allah….. penuhilah kehinaannya dengan keindahan
magfirohmu, semua canda tangis dan tawa terlukis dalam hidupku, sebuah usaha akan aku lakukan untuk belajar mengarifi hidup dari jatuh bangunnya diri meraih segenggam cinta….

Yang member kekayaan bathin kepadaku, betapa penuh warna perjalanan hidup ini karena cinta yang ada pada diriku adalah fitrah-Mu.










-